31.8 C
Kuching
Tuesday, April 20, 2021

Transformasi JBALB Untuk Kesejahteraan Rakyat

Memasuki Tahun 2021 JBALB terus melangkah pantas tanpa menoleh ke belakang sebagai sebuah agensi Kerajaan Sarawak yang amat penting untuk kesejahteraan rakyat.

Modus operandi yang lebih fokus, pengoperasian yang cekap dan sistematik, kepimpinan yang berwibawa dan dinamik, serta kakitangan yang berintegriti, komited dan ikhlas berkhidmat adalah antara agenda penting untuk digarap dan dilaksanakan.

Perancangan rapi dan holistik yang telah direncanakan sejak beberapa tahun yang lepas kini memasuki fasa untuk diterjemahkan dan diadaptasi oleh setiap kakitangan JBALB

Perancangan rapi dan holistik yang telah direncanakan sejak beberapa tahun yang lepas kini memasuki fasa untuk diterjemahkan dan diadaptasi oleh setiap kakitangan JBALB, daripada peringkat pihak pengurusan tertinggi sehinggalah kepada pekerja di loji-loji rawatan air di setiap bahagian.

Ini amat penting kerana nilai kebersamaan dan kesatuan ini menjadikan JBALB lebih fokus untuk mencapai visi jabatan sekaligus menambah baik perkhidmatan kepada rakyat.

JBALB & Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12)

Tahun 2020 menandakan berakhirnya tempoh Wawasan 2020 dan Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK-11), 2016-2020.

Sebagai kesinambungan, pelan pembangunan pasca 2020 akan digubal dengan menetapkan hala tuju strategik yang jelas bagi menentukan hala tuju pembangunan negara dalam tempoh satu dekad dan menyediakan rangka kerja asas pelaksanaannya.

Ini bagi memastikan pembangunan sosioekonomi yang inklusif dan bermakna ke arah masyarakat yang lebih makmur.

Proses penambahbaikan pengoperasian dan perkhidmatan JBALB kepada masyarakat juga melalui perancangan rapi projek-projek bekalan air di bawah Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12) di mana 124 Projek berimpak besar di seluruh Negeri Sarawak telah dimasukkan dalam senarai tersebut untuk tempoh 5 tahun yang akan datang.

Permohonan peruntukan yang besar amat signifikan kerana pihak JBALB amat menyedari bahawa komitmen yang tinggi perlu diberikan bagi memastikan impian untuk membekalkan 100% bekalan air bersih dan terawat ke seluruh pelosok Bumi Kenyalang akan menjadi kenyataan.

Aspek pengoperasian yang mantap merupakan tunjang kepada kekuatan JBALB, projek-projek yang telah dan sedang dilaksanakan melalui Projek Rakyat biayaan sepenuhnya oleh Kerajaan Sarawak tidak mencukupi, justeru itu peruntukan dari RMK-12 ini amat penting untuk JBALB meneruskan kesinambungan projek-projek ke kawasan-kawasan yang belum diliputi dengan bekalan air bersih dan terawat.

Ia juga penting untuk menambah baik sistem bekalan air sedia ada agar rakyat mendapat bekalan air yang baik dan berterusan.

Peruntukan kewangan yang besar daripada pihak Kerajaan Persekutuan ini amat mustahak dan penting untuk JBALB melaksanakan projek-projek yang tiada dalam senarai Projek Rakyat demi kesejahteraan rakyat. Sistem bekalan air bukan hanya satu sisi sahaja, tetapi ia terangkum dalam satu sistem yang bersepadu dan holistik. Justeru itu, kelulusan daripada RMK-12 ini akan memastikan projek-projek bekalan air JBALB adalah lebih menyeluruh.

RAKAN Sarawak merakam penghargaan terima kasih di atas kerjasama Cawangan Komunikasi Korporat dan Pendigitalan, JBALB Sarawak yang membantu menyalurkan maklumat dan foto dalam penghasilan artikel di atas.

 
An eyewitness to Sarawak’s transformation

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

994FansLike
1,667FollowersFollow
21SubscribersSubscribe
- Advertisement -

Latest Articles