31.8 C
Kuching
Tuesday, April 20, 2021

Ketua Menteri Meninjau Fasa Pertama Proses Pemberian Vaksin COVID-19

Ketua Menteri, Datuk Patinggi (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Bin Tun Datuk Abang Haji Openg pada sebelah pagi 27 Februari 2021 telah meluang masa meninjau proses pemberian vaksin COVID-19 kepada petugas barisan hadapan di Pusat Pemberian Vaksin COVID-19 di Stadium Perpaduan, Kuching.

Pemberian vaksin COVID-19 pada hari ini (27 Februari 2021) merupakan fasa pertama Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.

Ketua Menteri pada Jumaat (26 Februari 2021) telah menerima suntikan pertama vaksin COVID-19.

Ketua Menteri sempat bertanya khabar kepada salah seorang petugas barisan hadapan yang menerima suntikan vaksin COVID-19

Beliau dijadualkan menerima suntikan kedua pada 19 Mac 2021.

Datuk Patinggi Abang Zohari meluangkan masa hampir 30 minit meninjau keadaan di Pusat Pemberian Vaksin COVID-19.

Ketua Menteri dalam sidang media selepas itu menyatakan, kehadiran beliau di Pusat itu membuktikan suntikan vaksin tersebut selamat bagi mereka yang tiada isu kesihatan.

“Oleh itu, pesanan saya kepada seluruh rakyat Sarawak – janganlah takut untuk mendaftar dan tampil bagi menerima suntikan vaksin Pfizer yang telah diluluskan oleh National Pharmaceutical Regulatory Agency (NPRA).”

“Daftarlah melalui applikasi MySejahtera yang boleh dimuat turun ke handphone (telefon mudah alih) anda, atau pergi ke pejabat daerah terdekat, klinik atau pusat kesihatan, atau Tuai Rumah, Ketua Kampung atau Kapitan di tempat anda,” tambah beliau lagi.

Ketua menteri juga memaklumkan Sarawak akan melaksanakan program untuk memberi vaksin COVID-19 kepada dua (2) juta rakyatnya yang layak dan juga 200,000 bukan-warga merangkumi 70 peratus penduduk negeri ini supaya mampu mencapai tahap “herd immunity”.

Program tersebut akan dilaksanakan dalam tiga fasa dalam tempoh masa tujuh (7) bulan dari Februari hingga Ogos 2021 tertakluk kepada bekalan vaksin.

“Bagi Fasa Pertama untuk kegunaan Februari hingga Mac dengan jumlah 23,400 dos akan melibatkan pemberian suntikan kepada 11,700 petugas barisan hadapan,” jelas Ketua Menteri.

Bagi Fasa Kedua, Sarawak akan menerima hantaran dengan jumlah 87,750 dos melibatkan 956, 435 orang penerima atau 72%, terdiri daripada kalangan warga yang lanjut umur dan kumpulan rentan pada April dan Mei 2021.

Bagi Fasa Ketiga Sarawak akan menerima hantaran untuk kumpulan sasaran terdiri daripada 999,834 orang individu yang berumur 18 tahun ke atas atau 43% dalam tempoh masa antara Mei hingga Ogos 2021.

Ketua Menteri juga menyatakan dalam pelaksanaan program pemberian vaksin COVID-19 Sarawak, Kerajaan Negeri akan terus menggunakan vaksin COVID-19 Pfizer-BioNTech.

Ketika ditanya adakah kemungkinan Kerajaan Sarawak akan mempertimbangkan penggunaan jenama vaksin COVID-19, yang lain, Ketua Menteri menyatakan jika pihak kawal selia kesihatan Malaysia iaitu Kementerian Kesihatan Malaysia memberi kebenaran, maka Kerajaan Negeri akan memberi pertimbangan sewajarnya.

Untuk itu, Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas menjelaskan Kerajaan Sarawak melalui Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri telah menubuhkan Kumpulan Penasihat Vaksin COVID-19 yang diketuai oleh mantan Pengarah, Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak, Datu Prof Dr Andrew Kiyu.

Kumpulan yang terdiri daripada 11 orang pakar dan saintis di dalam bidang perubatan telah diberi tanggungjawab untuk menasihatkan Kerajaan Negeri dalam hal yang berkaitan dengan vaksin COVID-19.

Ketua Menteri antara individu awal yang menerima suntikan vaksin COVID-19 fasa pertama Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin telah menerima suntikan vaksin COVID-19, Pfizer-BioNTech, sekali gus menjadi rakyat pertama negara ini yang berbuat demikian pada 24 Feb 2021.

Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan mengandungi tiga fasa.

Fasa pertama bermula pada 24 Februari sehingga April 2021.

Fasa kedua pula akan bermula pada bulan April sehingga Ogos 2021 dan akan melibatkan kumpulan yang berisiko tinggi, manakala Fasa Ketiga akan melibatkan golongan dewasa berumur 18 tahun ke atas, bermula dari bulan Mei 2021 sehingga Februari 2022.

Program imunisasi menyeluruh ini adalah untuk memastikan imuniti kelompok dapat dibentuk di dalam komuniti agar dapat memutuskan rantaian penularan jangkitan COVID-19 dan akhirnya dapat menamatkan pandemik COVID-19.

 
An eyewitness to Sarawak’s transformation

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

994FansLike
1,667FollowersFollow
21SubscribersSubscribe
- Advertisement -

Latest Articles