Friday, May 7, 2021

spot_img

23 Projek Bekalan Air Bernilai RM462.23 Juta Untuk Samarahan

Keprihatinan dan komitmen Kerajaan Sarawak ke atas penambahbaikan infrastruktur dan sistem bekalan air di Bahagian Samarahan telah dizahirkan melalui pelaksanaan 23 Projek Rakyat Bekalan Air yang dianggarkan bernilai RM463.23 Juta.

Projek Rakyat Bekalan Air Kota Samarahan termasuk Projek Bekalan Air Alternatif Sarawak (SAWAS) akan dilaksanakan dari Kota Samarahan hingga ke Sebuyau.

Projek-projek bekalan air yang pada dasarnya telah mula dilaksanakan sejak 2018 telah dirancang dengan teliti oleh pihak kerajaan melalui Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) Sarawak bagi menampung permintaan bekalan air yang semakin meningkat di Bahagian Samarahan.

Kerja-kerja pemasangan saluran paip HDPE

Di samping menambahbaik sistem bekalan air sedia ada, projek ini juga dijangka akan melonjakkan taraf sosioekonomi masyarakat setempat dan memangkin pertumbuhan ekonomi yang lebih mampan sekali gus akan memberi jaminan kualiti kehidupan yang lebih baik kepada penduduk di kawasan Asajaya, Sadong Jaya, Sebangan, Sebuyau dan Simunjan.

Kerja-kerja pemasangan saluran paip HDPE

Projek yang dijangka siap menjelang tahun 2022 ini melibatkan kerja-kerja pembinaan saluran paip baharu, pembinaan Tangki Aras Tinggi (HLT), pembinaan Stesen Pam Penggalak, penggantian saluran paip lama serta kerja-kerja menaik taraf loji rawatan air.

Pemandangan Tangki Aras Tinggi (HLT) Sadong
Pemandangan Tangki Aras Tinggi (HLT) Moyan

Setakat ini, sebanyak 12 projek telah selesai dilaksanakan, secara tidak langsung telah berjaya menangani isu bekalan air di beberapa kawasan di Asajaya dan Sadong Jaya.

Bagi menjamin kualiti bekalan air yang lebih baik dan berterusan di Bahagian Samarahan, JBALB Sarawak akan memastikan projek-projek yang kini dalam peringkat pelaksanaan akan disiapkan dalam jangka masa yang telah ditetapkan.

Projek-projek tersebut merupakan sebahagian daripada Sistem Grid Bekalan Air Sarawak yang diilhamkan oleh Ketua Menteri YAB Datuk Patinggi (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg dalam usaha menyelesaikan isu bekalan air secara efektif dan menyeluruh.

Saluran paip dari persimpangan Kompleks Summer ke BPS Tambirat Sedia Ada, Samarahan (Pakej 1C)

Berhubung dengan isu dan masalah bekalan air luar bandar, rakyat disarankan untuk menghubungi Cawangan Komunikasi Korporat dan Pendigitalan JBALB.

Di pihak JBALB, Encik Anand Mohan Puthuppully (Wilayah Selatan) boleh dihubungi di talian 082-262206 atau e-mel anandmp@sarawak.gov.my; Encik Awang Fardillah Awang Hussin (Wilayah Tengah) boleh dihubungi di talian 082-262207 atau e-mel fardillah@sarawak.gov.my; dan Cik Jennyvee Jenai Liom boleh dihubungi di talian 082-262218 atau e-mel jennyvee@sarawak.gov.my..

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
 
An eyewitness to Sarawak’s transformation

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

1,005FansLike
1,783FollowersFollow
21SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]