Friday, May 7, 2021

spot_img

Bantuan Kewangan Sebagai Galakan Kepada Lepasan IPT Ceburi Keusahawanan

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, kerajaan sering menasihatkan para lepasan institusi pengajian tinggi (IPT) supaya menceburi bidang keusahawanan sementara menunggu tawaran pekerjaan.

Pelbagai bantuan dan insentif sama ada dari segi kewangan seperti pinjaman, geran serta peralatan daripada pelbagai agensi kerajaan telah diperkenalkan bagi menggalakkan golongan ini menceburi bidang perniagaan, terutama dalam sektor perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Lepasan IPT harus berani menceburi bidang keusahawanan sebagai salah satu pilihan kerjaya

Kerajaan juga sering menasihatkan lepasan IPT supaya tidak hanya mengharapkan ‘makan gaji’, tetapi sebaliknya harus berani untuk menceburi perniagaan yang mampu mendatangkan pulangan yang lumayan jika diuruskan dengan bijak.

Pada 2019, iaitu sebelum negara dilanda pandemik COVID-19, sektor PKS menyumbang sebanyak 38.9 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Kerajaan Sarawak melalui Kementerian Perdagangan Antarabangsa, Industri, Terminal Perindustrian dan Pembangunan Usahawan (MINTRED) telah memperkenalkan enam program bantuan keusahawanan.

Keusahawanan mampu memberikan pulangan yang lumayan

Bantuan berkenaan juga sebagai galakan kepada golongan muda berkecimpung dalam perniagaan, terutama ketika berdepan krisis COVID-19 yang telah merencatkan aktiviti ekonomi dan menjejaskan pendapatan rakyat.

Antara bantuan yang diperkenalkan adalah Program Graduan ke Arah Keusahawanan (GERAK) dan Usahawan Teknikal dan Vokasional (USTEV).

Pada awalnya, MINTRED diperuntukkan sebanyak RM4 juta untuk menjayakan program GERAK dan USTEV.

Berikutan sambutan yang menggalakkan, Kerajaan Sarawak telah meluluskan peruntukan tambahan berjumlah RM5 juta supaya lebih ramai yang mendapat bantuan.

Di bawah program GERAK, lepasan IPT yang ingin menceburi bidang perniagaan diberikan geran maksimum RM20,000.

Bantuan di bawah program USTEV membantu pemegang sijil kemahiran tenikal dan vokasional mengembangkan bakat melalui perniagaan

Jumlah geran yang sama juga diberikan kepada lulusan yang memiliki sijil teknikal dan vokasional menerusi program USTEV bagi membeli peralatan seperti mesin, komputer dan sebagainya.

Sehingga Jun 2020, seramai 76 usahawan belia yang mengikuti program GERAK telah mendapat bantuan yang berjumlah RM1,402,454 dan seramai 106 usahawan menerima bantuan di bawah program USTEV dengan nilai bantuan berjumlah RM1,740,412.

Selain itu juga, empat lagi bantuan berbentuk geran turut diperkenalkan MINTRED.

Bantuan-bantuan tersebut merangkumi geran berjumlah RM20,000 untuk mereka yang terlibat dalam Sarawak Marketing Development dan geran berjumlah RM5,000 hingga RM20,000 bagi mereka yang mengikuti program Sarawak e-Commerce and Innovation.

MINTRED juga menyediakan Skim Pinjaman Industri Kecil dan Sederhana (SPIKS) dengan pinjaman maksimum RM250,000 berkadar faedah sebanyak empat peratus berlandaskan konsep baki menyusut.

Di bawah Skim Kredit Mikro, usahawan B40 disediakan pinjaman di antara RM1000 hingga RM10,000 tanpa faedah manakala untuk golongan M40 pula, pinjaman diberikan dari RM1000 hingga TRM50,000 dengan faedah empat peratus sebulan.

MINTRED bekerjasama dengan Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) dan Agrobank untuk mengendalikan kedua-dua pinjaman berkenaan.

Maklumat lanjut mengenai bantuan-bantuan tersebut boleh didapati melalui laman sesawang rasmi SEDC.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
 
An eyewitness to Sarawak’s transformation

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

1,005FansLike
1,783FollowersFollow
21SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]