Friday, May 7, 2021

spot_img

Program USTEV Galak Graduan Ceburi Bidang Keusahawanan

Bidang keusahawanan adalah antara sektor yang sangat diberi perhatian dalam merancakkan pertumbuhan ekonomi di negeri Sarawak, justeru Kerajaan Sarawak telah menyediakan pelbagai inisiatif untuk menggalakkan graduan menceburi bidang ini.

Dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK11), Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Terminal Perindustrian dan Pembangunan Usahawan Sarawak (MINTRED) telah membantu lebih 83,000 usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan usahawan mikro.

Inisiatif tersebut turut membabitkan sektor tidak formal dalam pelbagai bidang di seluruh negeri melalui program latihan, pembangunan produk, bantuan kewangan dalam bentuk pinjaman mudah atau geran dan kemudahan pendaftaran perniagaan.

Pelaksanaan Program USTEV berupaya meningkatkan penyertaan graduan vokasional dalam bidang keusahawanan

Ramai golongan muda terutamanya lepasan Institut Pengajian Tinggi (IPT) dan lepasan Institusi Latihan Vokasional atau Kemahiran telah memanfaatkan bantuan-bantuan tersebut dan menjadikan perniagaan sebagai kerjaya mereka.

Kerajaan Sarawak melalui MINTRED dengan Kerjasama Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) di bawah Bahagian Pembangunan Usahawan dan Komuniti (ECD) telah memperkenalkan program Usahawan Teknikal dan Vokasional (USTEV) bagi membuka peluang kepada para graduan yang ingin mengembangkan perniagaan mereka.

Menerusi program USTEV, graduan IPT dan mereka yang memiliki sijil teknikal dan vokasional boleh mendapat bantuan kerajaan dalam bentuk geran sehingga maksimum RM20,000 serta bantuan membeli peralatan mesin yang diperlukan seperti komputer dan sebagainya.

Kemahiran dalam bidang jahitan mampu menjadi lubuk rezeki bakal graduan

Setakat ini, Kerajaan Sarawak telah meluluskan dana geran sebanyak RM23 juta bagi melaksanakan program USTEV dan program Graduan Ke Arah Keusahawanan (GERAK).

Pada tahun 2018, Kerajaan Sarawak telah memperuntukkan geran bantuan sebanyak RM212,812 untuk 10 orang penerima di bawah program USTEV sebagai bantuan pendaftaran perniagaan, inkubator dan modal kerja.

Pada tahun 2019, Kerajaan Sarawak sekali lagi menyalurkan bantuan kewangan sebanyak RM2.4 juta kepada 205 usahawan di bawah program USTEV dan GERAK.

Seterusnya pada tahun 2020, bilangan penerima faedah menerusi program ini adalah seramai 39 orang dengan nilai bantuan sebanyak RM488, 000.

Baru-baru ini, Kerajaan Sarawak telah mengumumkan tujuh inisiatif bantuan tambahan bernilai RM141.7 juta di bawah Bantuan Khas Sarawakku Sayang BKSS 5.0 (BKSS 5.0) bagi membantu PKS dalam menghadapi kesukaran dan cabaran daripada pandemik Covid-19.

Antara inisiatif tersebut ialah tambahan RM20 juta kepada RM3 juta yang sedia ada di bawah program GERAK dan USTEV.

Graduan yang mempunyai kemahiran dan kepakaran dalam bidang dandanan rambut mampu menjana pendapatan lumayan

Sejak dilaksanakan pada 2018 sehingga 31 Ogos 2020, seramai 107 orang telah menerima faedah di Bawah program USTEV dengan nilai bantuan sebanyak RM1,750,412.00.

Antara matlamat program ini diwujudkan ialah untuk memudah cara belia berkemahiran teknikal dan vokasional memula atau mengembangkan perniagaan mereka.

Pada masa yang sama, kerajaan juga berhasrat untuk meningkatkan penyertaan belia berkemahiran teknikal dan vokasional dalam bidang keusahawanan sebagai kerjaya pilihan.

Selain itu, kerajaan juga mahu memperkasa usahawan dalam sektor teknikal dan vokasional ke tahap yang lebih tinggi serta mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan melalui penubuhan perniagaan oleh peserta program USTEV.

Pada dasarnya, inisiatif baharu pembangunan usahawan adalah untuk menggalakkan penyertaan dalam ekonomi digital, mewujudkan peluang pekerjaan iaitu perniagaan sebagai pilihan kerjaya terutama kepada golongan belia dan pinjaman mudah untuk usahawan.

Misalnya seperti yang diterangkan di atas, bantuan geran untuk graduan pengajian tinggi (GERAK) dan lepasan sekolah teknikal atau kemahiran (USTEV) untuk memula atau mengembangkan perniagaan selain menggalakkan lebih ramai belia menceburi bidang keusahawanan.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
 
An eyewitness to Sarawak’s transformation

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

1,005FansLike
1,783FollowersFollow
21SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]