Friday, May 7, 2021

spot_img

Kunci Kejayaan Jangka Panjang Adalah Pelaksanaan

Petikan Ucapan YB Datuk Amar Jaul Samion, Setiausaha Kerajaan Sarawak pada Majlis Pra Pelancaran Pelan Antirasuah Organisasi Pentadbiran Bahagian Kuching [OACP-RBK], 15 April 2021 (Khamis)

Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan syabas dan tahniah kepada Pentadbiran Bahagian Kuching kerana telah berjaya menyiapkan OACP-RBK ini.

Selain itu, OACP-RBK ini merupakan OACP pertama dari pentadbiran bahagian yang dikemukakan kepada Urusetia OACP negeri iaitu Unit Integriti Dan Ombudsman Negeri, Jabatan Ketua Menteri. Tahniah sekali lagi.

National Anti Corruption Plan (NACP)

National Anti Corruption Plan 2019 – 2023 telah dilancarkan pada 29 Januari 2019. Ketika itu, Kerajaan Negeri Sarawak telah diwakili oleh YB Datuk Haji Talib Bin Zulpilip (Menteri Di Jabatan Ketua Menteri (Integriti Dan Ombudsman)) sebagai tanda komitmen Kerajaan Negeri untuk bersama-sama menjayakan aspirasi negara untuk dikenali dengan integritinya bukan korupsi.

Di samping itu, ia merupakan dokumen utama kerajaan Malaysia yang menggariskan tindakan menyeluruh dan bersepadu bagi memerangi rasuah habis-habisan.

Saya dimaklumkan bahawa sebanyak enam (6) strategi dan seratus lima belas (115) inisiatif telah dikenal pasti dalam NACP bagi meningkatkan tahap integriti, tadbir urus dan usaha menangani kebarangkalian berlakunya rasuah.

Dua (2) daripada seratus lima belas (115) inisiatif tersebut adalah mengenai penyediaan OACP bagi sektor awam mahupun sektor swasta.

Surat Pekeliling Integriti Mengenai OACP

Oleh sebab itu, saya telah mengambil inisiatif untuk mengeluarkan surat pekeliling khas mengenai OACP yang berkuat kuasa mulai Jun 2020 sebagai panduan penyediaan OACP untuk semua agensi negeri.

Di samping itu, saya juga telah meluluskan cadangan supaya Institut Integriti Malaysia (IIM atau Integriti) melatih pegawai kita sendiri dan diakreditasikan untuk mengendali semua bengkel penyediaan OACP.

Syukur, sekarang kita mempunyai seramai 29 orang tenaga terlatih dan seorang daripadanya bertugas di Pejabat Residen Kuching iaitu Puan Low Suk Fong, yang telah banyak membantu penyediaan OACP agensi lain termasuk Pejabat Setiausaha Kewangan Negeri. Pada saya, inilah gambaran sebenar konsep bekerja sebagai sebuah pasukan besar iaitu Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak.

Sumber Rujukan OACP

Saya difahamkan bahawa sekurang-kurangnya dua belas (12) sumber rujukan utama dalam membuat analisis dan mengenal pasti bidang keutamaan berdasarkan risiko kemungkinan berlakunya rasuah dan salah laku.

Antaranya ialah laporan unit audit dalam, laporan jabatan audit negara, laporan SPRM, rekod tatatertib dan beberapa sumber yang lain. Selepas itu, baharulah teknik “scenario planning” digunakan supaya semua ruang yang berpotensi berlakunya salah guna kuasa, rasuah dan pelanggaran disiplin dapat ditangani secara strategik dan proaktif melalui OACP-RBK.

Oleh itu, saya percaya Pentadbiran Bahagian Kuching telah melalui proses tersebut dengan jayanya.

Semua rekod sekurang-kurangnya untuk tempoh lima (5) tahun kebelakangan telah disemak dan diteliti dengan terperinci sebagai panduan dalam mengenal pasti inisiatif untuk dimuatkan di dalam OACP-RBK ini.

Strategi dan Pemantauan

Lanjutan daripada itu, suka saya memetik ucapan Sir Winston Churchill iaitu Perdana Menteri United Kingdom (1940 – 1945), katanya:

“however beautiful the strategy, you should occasionally look at the results”

Ini bermakna OACP ini hendaklah sentiasa dipantau dengan rapi dan serius supaya semua inisiatif yang terkandung di dalamnya dapat dipraktikkan secara cekap dan berkesan.

Pelaksanaan OACP

Suka saya mengulangi di sini, peringatan supaya OACP ini bukan hanya untuk perhiasan tetapi ia merupakan dokumen induk sebagai rujukan dan panduan semua agensi di Negeri Sarawak.

Semua inisiatif OACP-RBK ini mesti dilaksanakan bersungguh-sungguh ‘vision without execution is just hallucination”.

Teringat saya, kata-kata oleh pengasas industri semikonduktor, Morris Chang:

“without strategy, execution is aimless. Without execution, strategy is useless”

Sebelum saya mengakhiri ucapan ini, saya sekali lagi mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada Pentadbiran Bahagian Kuching.

Semoga kesungguhan tuan-tuan dan puan-puan dalam menyediakan OACP-RBK kekal sehingga semua inisiatif dilaksanakan dengan tekun, jaya dan berkesan.

A vision and strategy aren’t enough. The long-term key to success is execution. Each day. Every day.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
 
An eyewitness to Sarawak’s transformation

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

1,005FansLike
1,783FollowersFollow
21SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]