Sunday, June 13, 2021

spot_img

Perpaduan Dalam Kepelbagaian

Penggubalan Dasar Perpaduan Negara (DPN) adalah berlandaskan kepada Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara. Dasar Perpaduan Negara adalah selaras dengan dasar-dasar utama negara seperti Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030, Rancangan Malaysia Lima Tahun dan dasar-dasar lain yang berkuat kuasa.

Yang Amat Berhormat Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Bin Haji Mohd. Yassin, Perdana Menteri Malaysia baru-baru ini (15 Februari 2021) telah melancarkan dasar berkenaan dan Pelan Tindakan Perpaduan Negara 2021-2025 (PTPN) secara maya.

Perdana Menteri dalam ucapan pelancarannya menyatakan “Kerajaan amat menyedari akan hakikat bahawa perpaduan ialah tunjang kemakmuran negara. Maka ‘Perpaduan dalam kepelbagaian’ (unity in diversity) yang berteraskan ‘model integrasi’ inilah yang kita hasratkan untuk rakyat Malaysia. Ini kerana berdasarkan sejarah, kita rakyat Malaysia telah menerima hakikat bahawa masyarakat negara ini majmuk dan pelbagai latar belakang pegangan agama, pengenalan bangsa dan budaya. Oleh kerana perbezaan dan kepelbagaian ini, maka usaha ke arah mewujudkan perpaduan di negara ini perlu dilengkapi dan dilandasi usaha integrasi berterusan. “

Perdana Menteri dalam pada itu mengingatkan rakyat Malaysia agar berwaspada terhadap manipulasi

sentimen kaum oleh ahli-ahli politik. Ini merupakan cabaran utama dalam hampir semua negara yang berbilang kaum. Pelaku politik yang cuba menaikkan saham politik masing-masing melalui eksploitasi perasaan kaum hendaklah kita elakkan.

Dasar ini menetapkan strategi jangka panjang dalam usaha berterusan untuk memupuk, mengukuh dan memelihara perpaduan dalam kalangan rakyat.

Melalui dasar ini, tiga objektif utama untuk dicapai iaitu yang pertamanya mengukuhkan perpaduan dan integrasi nasional berteraskan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara.

Seterusnya yang kedua ialah berusaha untuk membentuk identiti nasional dengan semangat jati diri, patriotik, prihatin, toleransi, saling hormat menghormati dan bertanggungjawab.

Objektif ketiga pula ialah untuk melahirkan rakyat Malaysia yang menghargai dan mengamalkan perpaduan.

Dalam hal ini, adalah menjadi tanggungjawab penjawat awam secara keseluruhannya memastikan dasar dan rangka tindakan berjaya dilaksanakan.

DPN akan mengguna pakai empat (4) pemboleh daya.

Pemboleh daya ialah pencetus atau mekanisme pemudah cara kepada perpaduan yang menyumbang kepada kemakmuran rakyat. Ia secara langsung memberi kesan kepada arah perpaduan seperti yang dicita-citakan negara.

Empat (4) pemboleh daya itu ialah :

1. Usaha meningkatkan peluang ekonomi yang saksama. Ia merupakan usaha mengimbangi taraf sosioekonomi antara etnik dengan wilayah tanpa mengira kepentingan mana-mana pihak. Tumpuan pembangunan adalah kepada golongan terpinggir, wilayah terpencil serta negeri-negeri yang ketinggalan.

2. Memperkasakan kumpulan minoriti dan rentan ekonomi. Perlu dipastikan tiada golongan masyarakat tercicir dalam arus pembangunan. Ia meliputi kumpulan B40, masyarakat orang Asli, bumiputera Sabah dan Serawak, orang kurang upaya (OKU), belia, wanita, kanak-kanak dan warga emas.

3. Mengukuhkan jaringan perlindungan sosial dan memperkasakan inovasi sosial. Penambahbaikan sistem penyampaian perkhidmatan kebajikan dan bantuan sosial harus dilaksanakan secara bersasar agar lebih berkesan dan mengurangkan ketirisan.

4. Merapatkan jurang pembangunan dan kebolehcapaian antara negeri dan wilayah. Kemakmuran bersama hanya boleh diperoleh dengan usaha-usaha melangkaui sempadan geografi. Pembangunan infrastruktur yang luas serta peningkatan akses serta kecapaian fizikal dan komunikasi digital antara aspek yang perlu diberikan tumpuan utama.

Sokongan padu dan kerjasama penuh daripada semua pihak terutamanya agen penggerak perpaduan yang terdiri daripada Badan Bukan Kerajaan (NGO), pihak swasta, pemegang taruh dan selain penjawat awam adalah sangat penting bagi memastikan objektif yang dirangka tercapai.

RAKAN SARAWAK
Author: RAKAN SARAWAK

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
 
An eyewitness to Sarawak’s transformation

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

1,012FansLike
1,807FollowersFollow
0SubscribersSubscribe

Latest Articles

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]