Sunday, June 13, 2021

spot_img

Pemberian Vaksinasi Warga Emas Di Rumah Seri Kenangan (RSK) Bahagian Kuching

Seramai 58 daripada 59 orang Rumah Seri Kenangan (RSK) Bahagian Kuching hari ini (4 Jun 2021). 

Seorang lagi penghuni masih belum layak atas faktor kesihatan.

Program yang sama juga akan dijalankan di Rumah Seri Kenangan, Sibu pada Hari Rabu, 9 Jun 2021 melibatkan 27 orang penghuni.

Program ini bermula pada jam 8.00 pagi di mana 10 orang pegawai daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hadir dalam menjalankan tugas vaksinasi.

YB Dato Sri Hajah Fatimah Abdullah, Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-kanak bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak telah meluangkan masa mengadakan Lawatan Pemantauan Proses Pemberian Vaksinasi kepada Warga Emas di Rumah Seri Kenangan (RSK) Bahagian Kuching.

Berdasarkan maklumat dari Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak, setakat 2 Jun 2021 seramai 75,869 orang warga emas telah menerima vaksin bagi dos pertama dan 25,601 telah lengkap menerima dua dos vaksin. Daripada jumlah tersebut seramai 1,143 orang ahli Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) dan Pusat Perkhidmatan Warga Emas (PPWE) telah menerima vaksin.

RAKAN SARAWAK
Author: RAKAN SARAWAK

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
 
An eyewitness to Sarawak’s transformation

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

1,012FansLike
1,808FollowersFollow
0SubscribersSubscribe

Latest Articles

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]