Bantuan Disediakan Bagi Pekebun Kecil Kelapa Sawit dan Lada

0
56

Kerajaan Sarawak baru-baru ini telah meluluskan peruntukkan berjumlah RM60 juta untuk melaksanakan Program Bantuan Baja bagi pekebun kecil kelapa sawit dan lada di seluruh negeri.

Menurut Timbalan Ketua Menteri, YB Datuk Amar Douglas Uggah Embas, program bantuan baja tersebut dijangka akan memberi manfaat kepada kira-kira 58,000 pekebun kecil kelapa sawit dan lada di seluruh negeri Sarawak.

Program Bantuan Baja ini bertujuan untuk meringankan beban pekebun kecil yang terkesan oleh pandemik COVID-19 selain sebagai motivasi buat mereka untuk terus meningkatkan pengeluaran.

Dana baja itu akan diagihkan kepada pekebun secara berperingkat bermula Oktober 2021 oleh Pejabat Pertanian Daerah dan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) di mana setiap peserta akan menerima bantuan sebanyak 12 beg baja.

Merujuk statistik yang dikeluarkan oleh Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) pada Disember 2020, keluasan (hektar/ha) bagi pekebun kecil tanaman kelapa sawit mengikut Bahagian di Sarawak ialah;

Manakala, statistik yang dikeluarkan oleh Lembaga Pembangunan Dan Lindungan Tanah (LCDA) pada 31 Ogos 2021 merekodkan seluas 309,412.56 hektar kawasan tanaman kelapa sawit membabitkan 70 orang pemaju.

Seramai 39,969 pekebun kecil kelapa sawit pada Disember 2020 (Sumber: MPOB)

Merujuk statistik yang dikeluarkan oleh Lembaga Lada Malaysia (MPB) Sarawak, keluasan bagi tanaman lada di seluruh Sarawak adalah seluas 7,084.79 hektar pada tahun 2019; 7,815.71 hektar pada 2020; dan 7,889.24 hektar pada 2021.

Manakala jumlah pekebun tanaman lada di Sarawak yang meliputi semua Bahagian ialah sebanyak 34,020 pada 2019; 37,634 pada 2020; dan 38,026 pada 2021.

Pegawai SALCRA meninjau projek tanaman kelapa sawit di ladang salah seorang pekebun sawit

Pada tahun 2019, seramai 3, 215 orang telah memohon Skim Tanaman Lada Baharu dan 1, 050 orang memohon pada 2020 manakala 31, 841 memohon bantuan input pertanian pekebun kecil lada di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE) Prihatin 2020.

Pada 2021 (Januari hingga Jun), sebanyak 405 pekebun telah memohon Skim Tanaman Lada Baharu manakala 1,140 memohon Skim Tanaman Lada Matang.

Bagi Skim Tanaman Lada Baharu, antara bantuan yang diberikan ialah input pertanian berupa baja dan dolomite, insentif tunai untuk keratan lada dan tiang sokongan serta khidmat nasihat.

Keluasan tanaman lada di Sarawak; 7,084.79ha 2019; 7,815.71ha 2020;dan 7,889.24ha 2021 (Sumber:MPB)

Bagi Skim Tanaman Lada Matang, antara bantuan yang diberikan ialah input pertanian berupa baja, dolomite dan racun pertanian serta khidmat nasihat.

Manakala bagi Bantuan Input Pertanian Pekebun Kecil Lada di bawah PRE Prihatin 2020, bantuan yang diberikan adalah insentif dalam bentuk baucar tuntutan input pertanian, peralatan pertanian dan selenggara kebun.

Jumlah peruntukan bagi Skim Tanaman Lada Baharu pada tahun 2019 adalah sebanyak RM8.359 juta dan RM2.730 juta pada 2020 manakala RM15, 562, 650 adalah untuk bantuan input pekebun kecil lada di bawah PRE.

Jumlah pekebun lada di Sarawak; 34,020 pada 2019; 37,634 pada 2020;dan 38,026 pada 2021 (Sumber:MPB)

Pada tahun 2021, sejumlah RM1.500 juta telah diperuntukkan untuk Skim Tanaman Lada Baharu dan RM4, 290 juta telah diperuntukkan bagi Skim Tanaman Lada Matang.

Dari 2019 hingga Jun 2021, sebanyak 40.5 hektar kawasan baharu telah dibangunkan untuk tanaman lada di bawah Skim Tanaman Lada Baharu.

Manakala, 156 hektar telah dibantu di bawah Skim Tanaman lada Matang dan sebanyak 5,850.118 hektar Bantuan Input Pertanian Pekebun Kecil Lada di bawah PRE Prihatin 2020 telah disalurkan bagi membantu pekebun untuk terus mengusaha serta menyelenggara tanaman lada matang & pada masa pekebun berdepan dengan COVID-19.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]