Mempertingkatkan Kesejahteraan Keluarga

0
39

Lembaga Penduduk Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Sarawak telah ditubuhkan pada tahun 2003 sebagai pusat pentadbiran LPPKN di Kuching, Sarawak di  Wisma Polawood, Satok dengan memiliki 32 staf di seluruh Sarawak.

Tanggungjawab LPPKN adalah untuk memelihara komuniti berkaitan dasar dan kependudukan, pembangunan keluarga dan reproduksi manusia dengan melaksanakan program serta aktiviti seperti kaunseling, keluarga, subsidi mamogram terbaik untuk pembangunan keluarga.

Hal ini demikian kerana, visi LPPKN adalah untuk menjadi organisasi kecemerlangan penduduk dan keluarga dalam misi memacu agenda kependudukan dan kekeluargaan yang inovatif melalui dasar, kajian demografi-keluarga, program dan perkhidmatan.

Sungguh pun demikian, di Sarawak, pentadbiran di LPPKN lebih memfokuskan bidang pembangunan keluarga dan kesihatan reproduktif.

Dalam usaha meningkatkan kesihatan reproduktif, LPPKN Sarawak telah mengusahakan tiga Klinik Nur Sejahtera di Sarawak di Kuching, Sibu dan Miri bertujuan memberikan khidmat kesihatan seperti kanser servik, kanser payudara dan papsmear di samping itu bagi mendapat nasihat untuk family planning untuk mewujudkan keluarga yang berkualiti.

Khidmat kesihatan yang disediakan oleh LPPKN mengenakan caj serendah RM10. Klinik Nur Sejahtera LPPKN memiliki peralatan yang terbaik dan pelanggan yang hadir mendapat khidmat di klinik ini pasti menikmati layanan yang kondusif mengikut pakej yang diambil.

Hasil temu bual dengan Pengarah PPKN Sarawak, Puan Shahriah Bte Saharom, RAKAN Sarawak dimaklumkan bahawa Klinik Nur Sejahtera LPPKN mendapat sambutan yang baik dan menggalakkan terutama berkaitan dengan aspek kesihatan reproduktif khususnya daripada wanita di Kuching.

Dalam usaha meningkatkan penyampaian perkhidmatan LPPKN terutamanya kesihatan dalam kalangan penduduk, LPPKN juga telah mewujudkan bas bertujuan untuk memberikan khidmat kesihatan di kawasan pedalaman.

Bas LPPKN yang disediakan untuk memberi perkhidmatan kesihatan untuk program outreach di kawasan pedalaman (Foto : LPPKN Sarawak)

Bas ini sentiasa disediakan untuk program-program outreach LPPKN sebagai klinik bergerak agar kawasan pedalaman juga menerima khidmat kesihatan reproduktif dan terkini.

Di samping itu, bas-bas LPPKN ini juga berkolaborasi dengan pusat-pusat pemberian vaksin di kawasan-kawasan tertentu terutama di kawasan pedalaman yang bertujuan untuk memperluaskan khidmat masyarakat dalam memberikan vaksinasi, terutama sekali memudahkan KKM untuk melaksanakan program vaksinasi COVID-19.

Sebelum pandemik COVID-19 berlaku, LPPKN Negeri Sarawak melaksanakan lebih 20 program yang melibatkan kesihatan reproduktif dan pembangunan keluarga.

Khidmat kesihatan asas diberikan bagi menggalakkan masyarakat peka akan kesihatan kendiri (Foto : LPPKN Sarawak)

Di samping itu, LPPKN Sarawak juga sedar akan situasi atau masalah kesihatan mental yang semakin meningkat dalam kalangan masyarakat masa kini.

Pihak LPPKN telah menerima banyak panggilan berkaitan dengan masalah kesihatan mental dalam rumah tangga.

Dalam usaha tersebut, LPPKN Negeri Sarawak akan menambahkan bilangan kaunselor agar isu yang berkaitan mental, kaunseling keluarga dapat dilakukan dengan  lebih efektif dan teratur.

Usaha dan strategi juga telah dipertingkatkan bagi memastikan komuniti di negara ini memiliki integriti terbaik dalam institusi keluarga

Selain mementingkan aspek pembangunan kekeluargaan dan penjagaan kesihatan, LPPKN juga memberi perhatian kepada isu remaja dengan mewujudkan Pusat Remaja Kafe@Teen yang bertujuan untuk meningkatkan aspek kesihatan fizikal, mental dan sosial bagi menyemai nilai-nilai murni remaja terhadap perkembangan kesihatan diri dan sosial

Di Sarawak, LPPKN memiliki sebuah pusat Kafe@Teen yang terletak di Sri Aman.

Suasana yang kondusif di Kafe@teen memudahkan kaunselor memberikan perkhidmatan bimbingan kaunseling (Foto : LPPKN Sarawak)

Kafe ini berfungsi membantu remaja menempuhi alam remaja dengan selesa tanpa ragu-ragu dengan membina keyakinan diri mereka.

Ekoran pandemik COVID-19 ini, inisiatif diambil oleh LPPKN dalam aspek pembangunan keluarga dengan mengusahakan modul-modul yang sesuai melalui aplikasi Zoom untuk menyediakan pelan efektif dalam pembangunan keluarga.

Modul-modul yang disediakan adalah dari titik usaha LPPKN sendiri untuk digunakan dalam program Smart Start iaitu program kursus pra-perkahwinan serta untuk perkahwinan yang dalam lingkungan lima (5) tahun untuk meningkatkan kualiti hubungan rumah tangga.

Smart Start ini merupakan kursus pra-perkahwinan yang memfokuskan kepada yang Bukan Islam, manakala yang beragama Islam juga boleh menyertai di mana kursus yang diadakan adalah untuk menyentuh aspek asas rumah tangga.

Sepanjang COVID-19 ini, LPPKN masih lagi meneruskan program serta aktiviti outreach menggunakan virtual meeting dengan waktu yang lebih fleksibel berbanding sebelum pandemik seperti setengah hari dari 8 pagi hingga 12 tengah hari.

Selain itu, LPPKN Negeri Sarawak terus melaksanakan beberapa program dalam pembangunan keluarga dengan memberi penekanan kepada ilmu keibubapaan kepada ibu bapa yang berkerjaya untuk mewujudkan keseimbangan antara kerja dan keluarga agar lahir keluarga yang berkualiti.

Bagi meningkatkan lagi keupayaan dan kualiti penyampaian perkhidmatan, LPPKN Negeri Sarawak telah diberi peruntukan untuk memiliki bangunan sendiri  yang akan dijadikan satu pusat aktiviti, Klinik Nur Sejahtera, pusat latihan, pejabat dan pusat remaja.

Info tambahan

  • Usaha terkini yang dilakukan oleh LPPKN, LPPKN amat mengikut perkembangan semasa dalam misi pemberian vaksin kepada pelajar sekolah baru-baru ini dan bersedia menyediakan bas bagi memberikan suntikan vaksinasi covid-19 secara bergerak demi bersama mencapai imuniti kelompok.
  • Kafe@Teen ditubuhkan di Sri Aman dan merupakan satu-satunya pusat remaja untuk menerima perkhidmatan Kesihatan Reproduktif sosial.
  • Tujuan utama Kafe:

1. Pengawalan Berat Badan.

2. Kesihatan Seksual dan Reproduktif.

3. Kesihatan Mental.

4. Jerawat / penyakit Kulit.

5. Ingin Berhenti Merokok.

6. Konflik Perhubungan Keluarga, Rakan & Teman Istimewa.

7. Penggayaan Hidup Sihat.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]