- Advertisement -spot_img
Thursday, 29 February 2024 7:35pm

Sesi Penerangan Berkaitan Agenda Transformasi Kerajaan

Must read

Kerajaan komited untuk melaksanakan agenda transformasi kerajaan yang turut melibatkan beberapa perkara termasuklah transformasi kerajaan, transformasi parlimen dan cadangan pindaan beberapa perkara di dalam perlembagaan persekutuan agar selari dengan Perjanjian Malaysia 1963.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), YB Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi Bin Tuanku Jaafar

Perkara ini dimaklumkan  Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang)  YB Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi Bin Tuanku ketika Program YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) bersama pengamal media negeri Sarawak pada 15 Oktober 2021 di Kuching.

Sebagai contoh, cadangan pindaan Perlembagaan Persekutuan agar selari dengan Perjanjian Malaysia 1963 perlu dilaksanakan bagi mengembalikan kembali hak orang di Sarawak dan Sabah seperti yang dinyatakan di Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), yang telah terhakis selama bertahun-tahun

Beliau turut memaklumkan bahawa telah berbincang dengan Yang Di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun, dan bercadang membawa pindaan tersebut untuk bacaan kali pertama pada 25 Oktober 2021, bacaan kali ke dua 28 Oktober dan memuktamadkannya pada hari itu juga.

Sebelum itu, beliau telah mengadakan perjumpaan dengan parti politik termasuk dari blok pembangkang yang secara prinsip bersetuju dengan cadangan tersebut.

Berkaitan dengan permintaan Sarawak mengenai pindaan definisi “peribumi” di bawah Perkara 161A Perlembagaan Persekutuan. Dengan pindaan ini, kuasa untuk memutuskan kaum mana di Sarawak yang akan  diakui sebagai penduduk asli Negeri akan ditentukan oleh Negeri melalui undang-undang Negeri.

Jelas beliau, kini terdapat 30 peratus rakyat Sarawak berkahwin campur dan jika diikutkan perlembagaan persekutuan, anak mereka bukan lagi bergelar Bumiputera.  

Selain itu, pindaan terutama Artikel 1 (2) dan  Artikel 160 (2) yang lebih komprehensif dan mencerminkan semangat dan niat sebenar semua pihak ketika mereka memasuki Perjanjian Malaysia 1963.

Pindaan ini, kepada definisi “Persekutuan” di bawah Artikel 160 (2), sangat penting dan mesti dilakukan agar Perjanjian Malaysia 1963 dan lampirannya diakui dalam Perlembagaan Persekutuan. Pindaan tersebut juga akan memperkenalkan definisi “Hari Malaysia” yang tidak pernah ditakrifkan sebelumnya.

Program ini juga sebahagian daripada rangka lawatan kerja beliau ke Sarawak sebahagian daripada sesi libat urus bersama dengan Ketua Menteri Sarawak untuk memberikan penerangan berkenaan dengan agenda transformasi kerajaan

Peranan media penting bagi menyampaikan maklumat tepat berkenaan Agenda Transformasi Kerajaan

Terdahulu pada sebelah pagi, beliau dan Timbalan Menteri di  Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak), YB Dato Hajjah Hanifah  Hajar Taib telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Ketua Menteri Sarawak, YAB Datuk Patinggi (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Bin Tun Datuk Abang Haji Openg turut membincangkan perkara yang sama.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article