- Advertisement -spot_img
Thursday, 29 February 2024 7:38pm

Membincangkan Cadangan Pindaan Perlembagaan Persekutuan Selaras Dengan Perjanjian Malaysia 1963

Must read

Ketua Menteri Sarawak, YAB Datuk Patinggi (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Bin Tun Datuk Abang Haji Openg pagi tadi (15 Oktober 20210) telah menerima kunjungan hormat daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang),YB Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi Bin Tuanku Jaafar dan Timbalan Menteri di  Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak), YB Dato Hajjah Hanifah  Hajar Taib,

Antara perkara yang dibincangkan adalah cadangan pindaan Perlembagaan Persekutuan dan beberapa perkara lain yang berkaitan dengan Perjanjian Malaysia 1963 dan kepentingan Sarawak.

Ketua Menteri Sarawak ketika sidang media memaklumkan ini adalah percubaan kedua untuk pindaan artikel Perlembagaan Persekutuan ini. Percubaan pertama pada tahun 2019 gagal kerana tidak mendapat sokongan  dua majoriti ketiga Anggota Parlimen.

Menurut Ketua Menteri antara perkara yang dibincangkan adalah cadangan pindaan Perlembagaan Persekutuan dan beberapa perkara lain yang berkaitan dengan Perjanjian Malaysia 1963 dan kepentingan Sarawak.

Kerajaan Sarawak tidak memberikan sokongan kepada pindaan sebelumnya kerana pada pandangan beliau pindaan itu semata-mata bersifat kosmetik dan tidak menggambarkan status khas Sabah dan Sarawak  seperti yang termaktub  dalam MA63 dan instrumen-instrumennya yang dilampirkan.

Jelas Ketua Menteri, pindaan baru yang diusulkan kepada Perlembagaan Persekutuan ini terutama Artikel 1 (2) dan  Artikel 160 (2) lebih komprehensif dan mencerminkan semangat dan niat sebenar semua pihak ketika mereka memasuki Perjanjian Malaysia 1963.

Pindaan ini, kepada definisi “Persekutuan” di bawah Artikel 160 (2), sangat penting dan mesti dilakukan agar Perjanjian Malaysia 1963 dan lampirannya diakui dalam Perlembagaan Persekutuan. Pindaan ini juga akan memperkenalkan definisi “Hari Malaysia” yang tidak pernah ditakrifkan sebelumnya.

Kunjungan tersebut juga membincangkan mengenai pindaan definisi “peribumi” di bawah Perkara 161A Perlembagaan Persekutuan. Dengan pindaan ini, kuasa untuk memutuskan kaum mana di Sarawak yang akan  diakui sebagai penduduk asli Negeri akan ditentukan oleh Negeri melalui undang-undang Negeri.

Kedudukan Sarawak sebagai salah satu daripada tiga rakan kongsi, diakui dan diberi pengiktirafan terutama apa yang dapat disaksikan melalui Fokus Ketujuh Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12) iaitu “Meningkatkan Pembangunan di Sabah,  Sarawak dan Negeri-Negeri kurang membangun”.

 Walau bagaimanapun, peruntukan tersebut dilihat rendah berbanding dengan  keperluan kita untuk mempercepat dan merapat jurang pembangunan.

Peruntukan RM4.47 bilion hanyalah 6.8% daripada keseluruhan perbelanjaan pembangunan  negara di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 dan jelas tidak menggambarkan keperluan Sarawak memandangkan saiz dan tahap pembangunannya, serta statusnya sebagai rakan setaraf dengan pembentukan Malaysia.

Dalam perbincangan tadi, jelas Ketua Menteri mengenai peruntukan kepada Sarawak, dari peruntukan perbelanjaan pembangunan negara beliau menekankan kepada kedua-kedua Menteri Persekutuan tersebut bahawa Sarawak sebagai rakan setara, ia perlulah berdasarkan beberapa faktor, termasuk sumbangan Negeri kepada wang Persekutuan pendapatan yang diterima oleh Kerajaan Persekutuan melalui eksploitasi sumber semula jadi Negeri dan hasil yang diterima dari cukai dari Negeri ini.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article