Muzium Pembangunan Limbang

0
61

Projek pembinaan Muzium Pembangunan Limbang di bawah seliaan Pejabat Wilayah Utara, JKR Sarawak berjalan lancar menurut Encik Raynald, Resident Engineer (Building), Pejabat Wilayah Utara, JKR Sarawak.

Skop bagi projek tersebut merangkumi Galeri Pentadbiran, Galeri Pembangunan, Ruang Legar Terbuka serta Tempat Letak Kenderaan. Muzium Pembangunan Limbang yang dibina bersebelahan Muzium Daerah Limbang dan dijangka akan siap sepenuhnya dalam tempoh 18 bulan.

Beliau menyampaikan taklimat perkembangan projek kepada Ketua Menteri Sarawak, YAB Datuk Patinggi (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Bin Tun Datuk Abang Haji berkenaan Projek Cadangan Membina Dan Menyiapkan Muzium Pembangunan Limbang : Galeri Sejarah Pentadbiran Limbang, Sarawak bertempat di VVIP Rest House, Limbang pada 14 Ogos 2021.

Taklimat perkembangan projek kepada Ketua Menteri Sarawak

Ketua Menteri Sarawak yang dalam rangka ke Bahagian Limbang,  turut melawat Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Dewan Suarah Limbang dan menyertai acara simbolik bagi Penyerahan Bakul Makanan Pengakap Sarawak. Beliau juga turut hadir untuk merasmikan program Penyerahan Bantuan Khas Sarawakku Sayang 6.0 dan Penyerahan Kredit Mikro Sarawak.

Turut sama hadir semasa lawatan tersebut ialah YB Datuk Amar Haji Awang Tengah Bin Ali Hasan (Timbalan Ketua Menteri, Menteri Pembangunan Bandar Dan Sumber Asli Kedua & Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri Terminal Perindustrian Dan Pembangunan Usahawan Sarawak).

YB Dato Sri Profesor Dr. Sim Kui Hian (Menteri Kerajaan Tempatan Dan Perumahan Sarawak), YB Datuk Amar Jaul Samion (Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak), YB Datuk Dr. Haji Abdul Rahman Bin Haji Ismail (Menteri Muda Pertanian Sarawak), YB Dato’ Henry Sum Agong (Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar Malaysia), YB Datuk Haji Hasbi Bin Habibollah, Timbalan Menteri Pengangkutan Malaysia) juga hadir sama.

YB Paulus Palu Anak Gumbang (ADUN N.70 Batu Danau Limbang), Ir. Ahmad Denny Bin Haji Ahmad Fauzi (Residen Bahagian Limbang), Ir. Teo Nguong Leong (Pengurus Wilayah Utara, JKR Sarawak), Pegawai-pegawai dari Pejabat Wilayah Utara, JKR Sarawak dan JKR Bahagian Limbang serta Ketua-ketua Jabatan Daerah Limbang juga bersama Ketua Menteri dalam lawatan berkenaan.

Lakaran artis Muzium Pembangunan Limbang
Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]