Lebuhraya Pan Borneo Lonjak Potensi Pembangunan Luar Bandar

0
64

Projek Lebuhraya Pan Borneo Sarawak bakal memperluaskan jaringan pengangkutan dan keterhubungan antara pekan serta daerah ke pusat pertumbuhan yang berpotensi seperti pelabuhan, kawasan perindustrian dan pusat-pusat komersial di sepanjang jajarannya.

Jaringan jalan raya yang efisien ini akan menjadi pemangkin dan asas kepada pertumbuhan ekonomi Negeri Sarawak terutama untuk mencapai taraf negeri maju menjelang 2030

Demikian menurut Menteri Kanan Kerja Raya, YB Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof sewaktu berucap pada Majlis Pembukaan Jalan Projek Lebuhraya Pan Borneo Sarawak (Pakej 7, Seksyen Julau)

Dengan siapnya pembinaan seksyen Julau, penduduk sekitar boleh bergerak dengan lebih selesa sama ada untuk ke Sarikei atau meneruskan perjalanan ke Kuching atau ke Sibu atau ke destinasi seterusnya

Paling penting, hasrat Kerajaan Persekutuan menerusi projek Lebuhraya Pan Borneo Sarawak ini adalah untuk mengulangi kejayaan projek-projek lebuh raya di Semenanjung kerana  rangkaian jalan raya yang baik mampu melonjak potensi pertumbuhan dan impak transformasi pembangunan luar bandar.

Majlis perasmian disempurnakan oleh Ketua Menteri Sarawak, YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Abang Haji Openg bersama Menteri Kanan Kerja Raya, YB Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof.
Majlis Penyampaian Simbolik Surat Siap Kerja kepada Kontraktor Work Package Contract 07

Menurut beliau, Rancangan pembangunan Projek Lebuhraya Pan Borneo Sarawak ini juga ialah hasil perancangan yang rapi dan bersifat holistik antara Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri Sarawak melalui Pelan Pembangunan Rangkaian Jalan Raya atau Highway Network Development Plan (HNDP).

Skop pembinaan Seksyen Julau ini melibatkan kerja-kerja menaik taraf Jalan Persekutuan sedia ada dari dua (2) buah lorong ke empat (4) buah lorong dari Persimpangan Bintangor ke Persimpangan Julau sepanjang 28.5 km
Persimpangan Bertingkat Masuk ke Julau dari Lebuhraya Pan Borneo

Projek ini juga perlu dilihat pada perspektif lebih luas, jelas beliau menerusi penglibatan rakyat tempatan Sarawak dalam projek ini sebagai perunding, vendor, pembekal mahu pun kontraktor, ramai tenaga kerja berkemahiran tinggi dalam kalangan anak tempatan Sarawak dapat dilahirkan dan secara tidak langsung memberi sumbangan kepada pembangunan Negeri Sarawak.

Perkembangan ini pastinya memberikan impak positif kepada Pekan Julau

Beliau menjelaskan pelaksanaan projek Lebuhraya Pan Borneo Sarawak ini merupakan salah satu inisiatif Kerajaan Persekutuan dalam menambah baik jaringan jalan raya sedia ada di Sarawak bermula dari Telok Melano hingga ke Miri yang dibahagikan kepada 11 pakej kerja dengan 1 pakej kerja iaitu pembinaan jalan baru dari Telok Melano ke Sematan yang telah pun siap dibina pada 6 Januari 2019.

Selain itu pembinaan komponen antara lainnya seperti tiga (3) Rest & Service Area (RSA), enam (6) layby, 25 buah persimpangan bertingkat (interchanges), 115 buah jambatan dan hentian bas pastinya dapat meningkatkan keselamatan dan keselesaan pengguna jalan raya.

Pan Borneo turut menyokong dasar sosial, ekonomi dan kesejahteraan rakyat

Berkaitan dengan Seksyen Julau bagi Work Package Contract 07 yang dilaksanakan oleh Hock Seng Lee – Dhaya Maju Infrastructure Asia JV, ia merupakan sebahagian daripada tiga (3) seksyen dari Persimpangan Bintangor ke Jambatan Sungai Kua sepanjang 75 km.

Skop pembinaan Seksyen Julau ini melibatkan kerja-kerja menaik taraf Jalan Persekutuan sedia ada dari dua (2) buah lorong ke empat (4) buah lorong dari Persimpangan Bintangor ke Persimpangan Julau sepanjang 28.5 km. Dengan siapnya pembinaan seksyen Julau pada 28 Oktober 2021, penduduk sekitar boleh bergerak dengan lebih selesa daripada bandar Sibu ke Pantu seterusnya ke Miri di mana geometri jalan telah ditambah baik dan jalan juga lebih lebar

Sektor pertanian dijangka mendapat manfaat secara langsung khasnya perladangan kelapa sawit dan penanaman lada
Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]