Jambatan Nanga Lasi Sedia Akses Lebih Baik

0
65

Pembinaan Jambatan Nanga Lasi, Julau bakal memberi manfaat kepada 2,250 orang penduduk setempat sekitar kawasan tersebut. selain memberikan impak besar dalam menambah baik keselamatan para pengguna jambatan tersebut.

Projek pembinaan jambatan ini merupakan salah satu projek di bawah Projek Rakyat dan ia dijangka akan bermula pada Januari 2022 dan siap pada Januari 2023 dengan tempoh pembinaan selama setahun.

Lakaran grafik projek Jambatan Nanga Lasi, Julau

Matlamat utama pembinaan projek tersebut adalah untuk menggantikan jambatan gantung lama yang sudah usang.

Dengan siapnya, jambatan itu nanti akan memberi kemudahan kepada penduduk sekitar terutamanya akses kepada penggunaan kenderaan di mana dahulunya hanya boleh digunakan pejalan kaki.

Keadaan jambatan gantung lama yang akan digantikan dengan jambatan baharu

Antara skop projek tersebut melibatkan pembinaan jambatan satu lorong sepanjang 100 meter serta membina jalan tuju dengan jarak 260 meter di kedua-dua belah jambatan dengan projek tersebut telah diserahkan kepada Sanyar Resources Sdn Bhd.

Ketua Menteri Sarawak, YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg telah menyempurnakan Majlis Pecah Tanah bagi pelaksanaan Pembinaan Jambatan Nanga Lasi di Julau pada 20 November 2021  yang merupakan salah satu projek di bawah Program Projek Rakyat.

Ketua Menteri menandatangani Plak Simbolik Perasmian Majlis Pecah Tanah Pembinaan Jambatan Nanga Lasi, Julau
Ketua Menteri bersama tetamu kehormat melakukan Simbolik Majlis Pecah Tanah Pembinaan Jambatan Nanga Lasi, Julau.

Terdahulu sebelum itu, taklimat ringkas projek telah disampaikan oleh Ir. Anding ak Unchi (Pengurus Wilayah Tengah JKR Sarawak), Encik Toh Chee Leong (Jurutera Bahagian, JKR Bahagian Sarikei), dan Ir. Afiq Maolenin bin Razali (Jurutera, Cawangan Jambatan dan Dermaga JKR Sarawak).

Dalam ucapan perasmian Ketua Menteri, beliau menyatakan bahawa dengan pembinaan jambatan tersebut, ia akan menghubungkan penduduk di kawasan sekitar Nanga Lasi ke Jalan Lebuhraya Pan Borneo Sarawak Jajaran Seksyen Julau apabila siap kelak seterusnya meningkatkan ekonomi kawasan sekitar Nanga Lasi.

Kemudahan tersebut juga akan mengurangkan beban penduduk tempatan terutamanya untuk mendapatkan keperluan harian seperti makanan, perubatan, pendidikan dan lain-lain dari bandar terdekat.

Simbolik Majlis Pecah Tanah Pembinaan Jambatan Nanga Lasi, Julau
Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]