- Advertisement -spot_img
4,846
published news
and counting

TEGAS Digital Village Mempromosikan Inovasi Digital

Must read

TEGAS Digital Village (TDV) di Samajaya, Kuching ialah platform bagi mempromosikan inovasi digital dan keusahawanan di Sarawak.

TDV ini diilhamkan oleh Ketua Menteri Sarawak, YAB Datuk Petinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Zohari bin Tun Abang Haji Openg.

RAKAN Sarawak baru-baru ini telah berpeluang melakukan lawatan dan tinjauan ke TDV.

Bangunan TEGAS Digital Village (TDV) yang berkonsepkan Industrial serta Indeks Bangunan Hijau dengan penggunaan solar sepenuhnya

TDV menyediakan ruang bagi membantu usahawan untuk peningkatan dan pecutan dalam pertumbuhan perusahaan, pengkomersilan R&D, akses pasaran dan kemudahan pembiayaan, inovasi korporat dan peningkatan ekosistem serta sokongan Harta Intelek (IP).

Bangunan TDV ini merangkumi dua (2) tingkat ruang kerja, auditorium yang boleh memuatkan 250 orang, ruang acara, bilik mesyuarat, bilik latihan, kafe, bilik percetakan 3D, bilik kalis bunyi dan beberapa kemudahan lain.

Puan Afida Khasuma menerangkan Auditorium di TDV ini mampu memuatkan 250 orang dan ketika musim pandemik ini masih mampu memuatkan 100 lebih dan dibenarkan untuk disewa oleh orang luar
Demonstrasi Bilik Kalis Bunyi atau Sound Proof Room dibina sesuai untuk kegunaan virtual meeting yang memerlukan jaringan internet yang kuat dan ruangan yang selesa

Bangunan TDV ini berkonsepkan Index Bangunan Hijau (GBI) yang menggunakan tenaga solar sepenuhnya.

TDV juga menyediakan Bilik Suite yang boleh disewa bagi memudahkan usahawan membawa anak semasa bekerja dan melakukan kerja dengan lebih selesa dan privasi.

Sesi santai Pengurus Besar, Encik Manzoor Hayat Khan bersama alumni TEGAS dalam sebuah perbincangan ringkas

RAKAN Sarawak juga sempat menemu bual beberapa alumni TEGAS dan peserta yang kini telah berjaya dalam keusahawanan digital.

Antara yang sempat ditemu bual ialah Sulie Abell pengasas bersama produk tempatan SLUVI, Encik Wan Halim Wan Ali yang membangunkan aplikasi SNAPPEd Sarawak, Joshua Chung dan Suan Goh pengasas CtrlD Studio.

Produk SLUVI merupakan produk kulit yang mampu mengawal kulit sensitif yang bahan berasaskan hasil tempatan di Sarawak seperti terung asam yang kaya dengan vitamin C dan telah membuahkan hasil sehingga mampu memberi pendapatan yang agak tinggi kepada petani tempatan di Sarawak.

Sesi temu bual RAKAN Sarawak bersama Cik Sulie Abell berkenaan kejayaan beliau mengasaskan produk SLUVI sehingga ke peringkat jauh

Manakala menurut Wan Halim, aplikasi SNAPPEd baru diperkenalkan di Sarawak.  Wan Halim menambah, di Sarawak kurang diberikan pendedahan terhadap pendidikan dalam talian yang lebih efektif. Aplikasi ini berupaya digunakan oleh lima (5) pengguna (pelajar) tanpa membeli telefon pintar.

Sesi temu bual dan demonstrasi bersama Encik Wan Halim Wan Ali dan Nazirul Afiq Mohd Khairin penggunaan aplikasi SNAPPed

Di samping itu, konsep permainan pula, CtrlD telah mengangkat budaya dan tradisi di Sarawak di mata dunia dalam permainan digital Journeys Through Tattoos yang diinovasikan daripada tatu wanita Orang Ulu yang memiliki pelbagai bentuk dan maksudnya tersendiri.

Dengan adanya TDV ini ia akan membawa Sarawak ke arah lebih maju dalam ekonomi digital dan akan muncul sebagai negeri berpendapatan tinggi menjelang 2030 melalui budaya inovasi dan keusahawanan teknologi.

Sesi demonstrasi teknologi terkini daripada staff TEGAS tentang hasil 3D printing di TEGAS Digital Village
Kawasan Private Suite yang merupakan ofis mini yang mampu menampung tiga hingga ke enam orang staff di dalam satu inkubator dan boleh digunakan pada bila-bila masa tanpa mengira waktu
Ruangan kerja yang kondusif dan selesa yang boleh disewakan kepada pihak luar dengan penggunaan internet yang percuma
Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article