Daerah Tanjung Manis Tidak Terpinggir Dari Arus Pembangunan

0
364

Tanjung Manis kini dilihat sebagai sebuah daerah yang serba lengkap dengan pelbagai kemudahan asas dan prasarana untuk kemudahan penduduk selain bagi menampung permintaan daripada pelabur untuk membangunkan daerah tersebut.

Antara kemudahan asas yang terdapat di daerah ini ialah Sekolah Menengah dan 16 buah Sekolah Rendah, empat (4) buah klinik kesihatan, dua (2) buah pusat internet, balai polis, balai bomba, kawasan perumahan, masjid, bank dan terminal ekspres.

Pemandangan udara sekitar kawasan Daerah Tanjung Manis
Pemandangan udara sekitar kawasan pembangunan di Daerah Tanjung Manis

Kemudahan asas seperti bekalan tenaga elektrik adalah lebih daripada cukup untuk menampung keperluan penduduk dan pelabur di kawasan Tanjung Manis.

Selain itu, Tanjung Manis juga mempunyai kilang rawatan air yang dikendalikan oleh Lembaga Air Sibu serta infrastruktur telekomunikasi yang telah diubah menjadi kabel gentian optik.

Kemudahan lain yang terdapat di Tanjung Manis ialah Pelabuhan Bersepadu Tanjung Manis termasuk Jeti Kluster Industri Minyak Sawit (POIC), Jeti Minyak, Gas dan Kimia, Pelabuhan Tanjung Manis, Pelabuhan Perikanan Laut Dalam dan Lapangan Terbang Tanjung Manis.

Jaringan pengangkutan rancakkan pembangunan di Daerah Tanjung Manis

Dalam tempoh tiga tahun ke belakang, Daerah Tanjung Manis terus menerima pelbagai projek pembangunan berimpak besar termasuk projek Transformasi Luar Bandar (RTP).

Pada 2019, antara projek RTP yang telah siap dilaksanakan ialah menaik taraf jalan menuju Ke tapak perkuburan Kampung Rajang bernilai RM200 ribu dan membaik pulih sistem perparitan Kampung Lot bernilai RM300 ribu.

Projek menaik taraf jalan menuju ke tanah perkuburan Kampung Rajang yang bermula pada 21 Julai 2019 dan siap sepenuhnya pada 7 Oktober 2019 telah memudahkan urusan pengebumian kerana jalannya yang sudah berturap dan tidak lagi becak walaupun hujan.

Manakala projek membaik pulih sistem perparitan Kampung Lot yang bermula pada 15 Julai 2019 dan siap sepenuhnya pada 13 September 2019 telah berjaya mengurangkan risiko banjir kilat.

Pada tahun 2020, antara projek RTP yang telah dilaksanakan di kawasan Daerah Tanjung Manis ialah naik taraf jalan dalam Kampung Kedang bernilai RM250,000 dan naik taraf jalan utama Kampung Paloh dari dermaga menuju ke dalam Kampung Paloh bernilai RM400,000.

Kedua-dua projek yang telah bermula pada 12 Mac 2020 dan siap sepenuhnya pada 11 September 2020 berjaya mengurangkan risiko kemalangan dalam kalangan pengguna jalan raya tersebut.

Turut dilaksanakan ialah projek bina baharu tempat letak kereta dewan Kampung Belawai yang menelan kos sebanyak RM161, 830 telah bermula pada 14 September 2020 dan siap sepenuhnya pada 5 Februari 2021.

Dengan pembinaan tempat letak kereta tersebut, tidak ada lagi pemandu kenderaan memarkir kenderaan mereka di bahu jalan sekali gus telah dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas.

Dalam perkembangan lain, sebuah projek berimpak besar yang telah dilaksanakan di Daerah Tanjung Manis ialah pembinaan Bangunan Pentadbiran Bersepadu Tanjung Manis setinggi 16 tingkat.

Bangunan Pentadbiran Bersepadu Tanjung Manis dijangka siap sepenuhnya pada penghujung 2021

Projek Bangunan Pentadbiran Bersepadu Tanjung Manis dibangunkan oleh Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (PUSAKA) dengan kos pembinaan sebanyak RM78.2.

Projek berimpak tinggi itu merupakan inisiatif kerajaan Sarawak dalam meneruskan agenda pembangunan kawasan luar bandar.

Difahamkan, kerja pembinaan bangunan tersebut telah bermula pada 2018 dan ia merupakan sebahagian daripada pelan pembangunan di Tanjung Manis.

Dengan siapnya bangunan itu nanti, ia bukan saja akan menjadi mercu tanda, malah akan menjadi pusat pentadbiran sehenti yang menempatkan pelbagai agensi dan jabatan kerajaan sekali gus akan mempercepatkan lagi proses pentadbiran dan pembangunan di Tanjung Manis.

Umumnya, kita tahu tujuan bangunan ini dibina adalah untuk memudahkan kerajaan menangani keperluan pihak industri dan orang awam yang berurusan dengan pihak jabatan dan agensi kerajaan.

Kerana apa yang kita tahu, penduduk-penduduk kampung terpaksa berulang alik ke Mukah, Sibu atau Sarikei jika hendak berurusan dengan pejabat-pejabat kerajaan pada masa ini.

Untuk makluman, tingkat bawah bagi bangunan pentadbiran bersepadu itu akan digunakan untuk kemudahan awam seperti perkhidmatan bank, kemudahan pos dan sebagainya.

Manakala, tingkat satu bangunan itu telah dikhaskan untuk ruang galeri dan pameran untuk mempamerkan perkhidmatan dan produk Pusaka di Tanjung Manis kepada pelabur. 

Sebanyak tujuh tingkat akan diperuntukkan kepada Pejabat Daerah Tanjung Manis, pejabat-pejabat kerajaan negeri yang berkaitan termasuk badan-badan berkanun yang ada di Daerah Tanjung Manis. 

Dalam perancangan untuk fasa dua, bangunan ini akan menyediakan dewan makan yang dapat memuatkan 1,200 orang, auditorium dengan kapasiti 2,000 orang untuk majlis rasmi kerajaan dan masyarakat setempat serta surau yang dapat menampung 500 jemaah.

Antara agensi kerajaan yang akan ditempatkan di bangunan baharu itu kelak ialah Pejabat Daerah, Jabatan Tanah dan Survei (JTS) Perbadanan Kemajuan Perusahaan Perkayuan Sarawak (PUSAKA), Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Jabatan Imigresen Malaysia, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Perbadanan Hutan Sarawak (SFC) dan Pejabat Pos Malaysia.

RAKAN 3Q2021-69
Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]