Gerakan Koperasi Sebagai Alternatif Terbaik Tingkat Pendapatan

0
18

Timbalan Premier, Datuk Amar Haji Awang Tengah Ali Hasan yakin dengan jalinan kerjasama yang telah digariskan di bawah Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 2030 (PCDS 2030) gerakan koperasi mampu memacu perkembangan ekonomi negara khususnya negeri Sarawak ke tahap lebih mantap. Beliau berkata demikian ketika perasmian Hari Koperasi Negara 2022 (HKN22) Peringkat Negeri Sarawak di Serian.

HKN22 Peringkat Negeri Sarawak merupakan salah satu program pengisian Bulan Koperasi Kebangsaan yang disambut setiap bulan Julai dan istimewanya pada tahun ini, serentak dengan sambutan ulang tahun ke 100 Gerakan Koperasi bertapak di negara kita
Harapan YBhg Datuk Haji Zamri bin Salleh, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Usahawan) Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi berharap dengan sejarah gerakan koperasi ini dapat membuka minda rakyat bahawa masa depan gerakan koperasi adalah relevan dan cerah serta mampu memberikan sumbangan yang bermakna kepada kemajuan ekonomi negara
Dalam ucapan perasmiannya, YB Datuk Amar Hj Awang Tengah Ali Hasan, Timbalan Premier Sarawak berharap pengiktirafan kepada koperasi yang telah mencapai prestasi menjadi inspirasi kepada koperasi lain dan rakyat Sarawak bahawa gerakan koperasi juga penyumbang yang berkesan untuk pembangunan ekonomi Sarawak
Majlis diserikan lagi dengan sambutan ‘100 Tahun Gerakan Koperasi Malaysia, Membangun Keluarga Malaysia’ yang dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Amar Haji Awang Tengah Ali Hasan, Timbalan Premier Sarawak
Tema ‘100 Tahun Gerakan Koperasi Malaysia, Membangun Keluarga Malaysia’ ini dapat mentransformasikan koperasi ke arah yang lebih efisien dan mampu berperanan sebagai suatu entiti social enterprise dalam membantu anggota, masyarakat dan pemuliharaan alam sekitar
Anugerah Kategori Koperasi Terbaik Sarawak sepanjang tahun 2021, di tempat Pertama Koperasi KOPERKASA Sarawak Berhad mendapat Sijil, Plak dan Hadiah Tunai RM5, 000.00
Anugerah Kategori Koperasi Terbaik Sarawak sepanjang tahun 2021, di tempat kedua Koperasi SESCO Berhad (Sarawak Energy) mendapat Sijil, Plak dan Hadiah Tunai RM3, 000.00.
Anugerah Kategori Koperasi Terbaik Sarawak sepanjang tahun 2021, di tempat ketiga Koperasi Al-Bait Sarawak Berhad (Baitulmal Sarawak) mendapat Sijil, Plak dan Hadiah Tunai RM2, 000.00
Anugerah EPP (Bidang Keberhasilan Utama) Pertanian dan Industri Asas Tani dimenangi oleh Koperasi Penanam Sawit Mampan Daerah Meradong Sarikei Berhad mendapat Sijil, Plak dan Hadiah Tunai RM2, 000.00
Anugerah EPP (Bidang Keberhasilan Utama) Pemborongan dan Peruncitan dimenangi oleh Koperasi Song Kapit Berhad mendapat Sijil, Plak dan Hadiah Tunai RM2, 000.00
Anugerah Koperasi Terbaik Sekolah dimenangi oleh Koperasi Sekolah Menengah Kebangsaan Merbau Miri Berhad mendapat Sijil, Plak dan Hadiah Tunai RM2, 000.00
Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]