Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2022 Peringkat  Negeri Sarawak

0
79

Acara Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2022 Peringkat Negeri Sarawak yang dirasmikan oleh Premier Sarawak, YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg pada 13 Ogos 2022 di Tebingan Kuching dan  Dewan Undangan Negeri (DUN) berlangsung dalam suasana meriah.

Setelah dua (2) tahun sambutan Bulan Kebangsaan disambut dalam norma baharu akibat  pandemik COVID-19 yang melanda negara, program ini diaktifkan kembali dengan  mematuhi standard prosedur operasi (SOP) yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa  dalam fasa endemik ini.

Premier Sarawak, YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg menyampaikan ucapan sebelum merasmikan Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2022 Peringkat Negeri Sarawak
Pengarah Penerangan Negeri, Jabatan Penerangan Malaysia Sarawak, YBhg Encik Jaafar Bin Jantan menyampaikan ucapan aluan

Majlis pelancaran kali ini merupakan kesinambungan Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2022 yang telah dilancarkan pada 30 Julai yang lalu oleh Perdana Menteri,  Dato Sri Ismail Sabri Yaakob.

Bertemakan ‘Keluarga Malaysia Teguh Bersama’, aktiviti utama yang telah dirangka  adalah Berjalan Teguh Bersama Keluarga Malaysia, pelepasan Konvoi Kembara Merdeka  Keluarga Malaysia 2022 (KMKM2022) dan penyerahan Jalur Gemilang.

Berjalan Teguh Bersama Keluarga Malaysia dipimpin oleh Premier Sarawak  berkonsepkan aktiviti berjalan kaki beramai-ramai dalam suasana kekeluargaan, santai  merentasi Jambatan Darul Hana dan diraikan dalam suasana yang harmoni sambil mengibarkan Jalur Gemilang.

Premier Sarawak sebaik tiba ke lokasi Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2022 Peringkat Negeri Sarawak
Jalur Gemilang adalah lambang negara yang mampu membangkitkan semangat patriotik kita, dalam hati setiap rakyat Malaysia yang mencetuskan solidariti antara mereka kita

Mereka merentasi Jambatan Darul Hana dari Tebingan Kuching menuju ke Dewan Undangan Negeri (DUN Baharu) dengan jarak perjalanan sejauh 0.65 km melambangkan kesepaduan dan keharmonian dalam semangat patriotisme sebagai sebuah keluarga besar di Sarawak dan Malaysia amnya.

Signifikan acara ini menurut Pengarah Penerangan Negeri, Jabatan  Penerangan Malaysia Sarawak, YBhg Encik Jaafar Bin Jantan yang berkonsepkan berjalan kaki beramai-ramai turut menterjemahkan keterbukaan pemimpin dan rakyat untuk sentiasa berdamping dalam menyelusuri denyut nadi rakyat.

Pelepasan KMKM2022 pula berkonsepkan ‘Pass Baton’ dilepaskan oleh Premier Sarawak dari Dewan Undangan Negeri Sarawak.

Konvoi ini melibatkan penyertaan daripada JaPen Sarawak, agensi-agensi di bawah KKOMM, agensi Kerajaan Persekutuan dan Negeri, rakan strategik JaPen Sarawak dan  wakil Komuniti Keluarga Malaysia.

Sekitar Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2022 Peringkat Negeri Sarawak

Seterusnya, konvoi KMKM2022 akan meneruskan perjalanan konvoi yang bermula pada  10 Ogos di Kilometer (KM) 0.00, merentasi 33 daerah di Sarawak dari Telok Melano hingga ke Lawas dan kembara akan  diteruskan ke 37 perhentian di daerah lain melibatkan jarak perjalanan kira-kira 4,025  kilometer sebelum mengakhiri perjalanan konvoi KMKM2022 pada 31 Ogos 2022 di  Betong bersempena dengan Sambutan Hari Kebangsaan 2022 Peringkat Negeri Sarawak.

Selain itu, pelbagai program menarik yang berunsurkan kenegaraan turut dianjurkan  sepanjang bulan kemerdekaan seperti Pertandingan Klik@Merdeka, Bintang Patriotik  Smule, Bintang Patriotik Aspirasi Keluarga Malaysia, Bintang Patriotik RIUH, Mewarna  dan Melukis MYDOODLE@Merdeka, Pengisahan Kenegaraan, ILHAM Merdeka Tik Tok Challenge dan Sayembara Sajak Merdeka. Untuk keterangan lebih lanjut, rakyat Malaysia boleh melayari portal Merdeka 360(http://merdeka360.my/web/)

Antara acara zumba diadakan bersempena dengan Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2022 Peringkat Negeri Sarawak
Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]