Malaysia Sebuah Negara Yang Berdaulat Dan Merdeka

0
74

Hubungan baik  antara Sarawak dan  Persekutuan sejak penubuhan Malaysia adalah berlandaskan  kepada semangat kebangsaan yang kuat untuk kepentingan  kepada Malaysia sebagai sebuah negara yang berdaulat dan  merdeka.

Premier Sarawak, YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg menekankan adalah penting setiap rakyat Malaysia memastikan semangat  kebersamaan dan kebangsaan yang telah terjalinan sejak  sekian lama terus kekal dihayati.

Beliau menyatakan demikian ketika berucap dalam Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2022 Peringkat Negeri Sarawak pada 13 Ogos 2022.

Jelas Premier Sarawak, jika  diimbas kembali hubungan yang terjalin antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan, ia sudah terbentuk antara para  pemimpin terdahulu ketika pembentukan Malaysia.

Premier Sarawak menandatangani pada poster Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2022 Peringkat Negeri
Premier Sarawak melintasi pameran sebaik selesai Acara Berjalan Teguh Bersama Keluarga Malaysia yang diadakan di Tebingan Kuching

Kemudiannya  melalui gabungan parti-parti politik bersama parti-parti lain ketika  Sarawak di bawah platform politik yang sama dengan parti-parti  lain selama 45 tahun.

Beliau percaya platform politik yang berlainan  pada ketika ini tidak seharusnya menjadi penghalang ke arah  menjalin kerjasama dan keakraban antara Kerajaan Sarawak dan Kerajaan Persekutuan dalam semangat kebangsaan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang maju dan dihormati.

Sekitar Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2022 Peringkat Negeri Sarawak

Jelas beliau jika ditinjau daripada  sejarah penubuhan Malaysia pada 1963, Perdana Menteri Tanah Melayu ketika itu iaitu Tunku Abdul  Rahman telah melihat betapa pentingnya untuk membawa  Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Brunei, Sarawak dan  Borneo Utara (Sabah) ke arah satu bentuk kerjasama politik dan  ekonomi melalui Gagasan Malaysia.

Keadaan ini, jelasnya perlu menyedarkan kita bahawa pembentukan Malaysia pada tahun 1963 adalah bersandarkan  kepada semangat kebersamaan dalam Persekutuan Malaysia di  mana Sarawak bersama Tanah Melayu dan Sabah telah bergabung  dengan dipacu oleh aspirasi ke arah kemerdekaan dan  pembangunan untuk semua wilayah.

Malah, semangat ini diteruskan dengan Konsep Keluarga Malaysia yang ilhamkan YAB Perdana  Menteri sesungguhnya adalah amalan dan fahaman yang sememangnya telah wujud di Sarawak sejak dahulu lagi dan akan kita teruskan  dalam konteks hubungan antara  Sarawak dan Kerajaan Pusat.

Premier Sarawak menunjukkan tanda bagus kepada penganjuran Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2022 Peringkat Negeri sebaik tiba di lokasi perasmian

Suasana  kemesraan dan muhibah yang tergambar dalam penganjuran program Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia minggu lepas  harus terus wujud antara Kerajaan Sarawak dan Kerajaan  Persekutuan untuk memastikan keseluruhan negara ini sama-sama  bergerak ke arah menjadi kawasan yang maju, terutamanya  di Sarawak.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]