- Advertisement -spot_img
Thursday, 29 February 2024 8:50pm

Satu Entiti Pengurusan Bekalan Air Sarawak

Must read

Permukiman Sarawak Water Supply merupakan anjuran kali ketiga dan dianjurkan oleh Lembaga Air Kuching (KWB) yang berlangsung pada 17-19 Ogos 2022 di Damai Beach Resort, Kuching.

Permukiman Sarawak Water Supply kali pertama di anjurkan oleh Lembaga Air Sibu (SWB) dan kali kedua dianjurkan oleh LAKU Management Sdn. Bhd. (Bintulu)

Permukiman kali ini mengangkat tema “Towards Resilient Water Supply and Embracing Digital Technology” yang bersesuaian dengan situasi masa kini dengan keadaan yang mencabar dan perubahan persekitaran yang pantas.

Permukiman ini dianjurkan sebagai satu platform menggabungkan agensi utiliti bekalan air di Sarawak iaitu KWB, SWB, LAKU serta Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) untuk bersama melakukan team building untuk belajar dan berkongsi ilmu antara agensi ke arah pembangunan bekalan air di Sarawak yang lebih cekap.

Menurut Setiausaha Tetap Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Dato Ir. Alice Jawan Empaling dalam pembentangan beliau pada 17 Ogos 2022, Sarawak berhasrat untuk menjadi pembekal utiliti air yang bertaraf dunia yang boleh dipercayai, selamat dan mampan bagi merealisasikan matlamat untuk meningkatkan kesejahteraan ekonomi dan sosial rakyat Sarawak.

Sesi bersama Dato Ir. Alice Jawan Empaling, Setiausaha Tetap, Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak

Malah, Kerajaan Sarawak merancang untuk membangunkan sistem bekalan air yang berdaya tahan bagi pertumbuhan semua komuniti, termasuk komuniti terpencil.

Aktiviti yang dijalankan sepanjang permukiman ini melibatkan lima (5) bengkel meliputi berkumpulan iaitu, Rawatan Air & Kualiti Kawalan, Pengurangan NRW, Kewangan & ICT, Operasi & Penyelenggaraan dan kumpulan baru mengenai Membangunkan Garis Panduan Pelaksanaan Projek SAWAS.

Di samping itu, sesi perkongsian menarik telah diadakan untuk melihat perspektif dan perkembangan terkini usaha dan inovasi daripada jabatan-jabatan untuk membaik pulih bekalan air Sarawak seperti Implementing Water Grid For Sarawak, Embracing digital Technology & ESG Angle dibentangkan oleh Kementerian Utility & Telekomunikasi Sarawak, pembentangan daripada LAKU Management sdn. Bhd Miri  Learning From Incident 1100MM DICL Mains Pipe Dislocation serta pembentangan daripada JBALB, Sarawak bertajuk JBALB Digital Transformation.

Sesi perkongsian daripada Penolong Pengarah Kanan Encik Anwarul Adzizi bin Adeni, Bahagian Korporat Komunikasi dan Digital, JBALB Sarawak pada 18 Ogos 2022

Sementara itu, YB Datuk Hj Julaihi bin Hj Narawi, Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak ketika merasmikan penangguhan sesi permukiman kali ini telah memaklumkan bahawa Sarawak telah memulakan program transformasi bagi pembangunan bekalan air di Sarawak selaras dengan Pelan Strategi Pembangunan Pasca COVID (PCDS) 2030

Antara strategi yang Sarawak akan laksanakan adalah pelaksanaan cadangan pembangunan Pelan Induk Bekalan Air & Sistem Grid bagi memastikan bekalan air mampu berdaya tahan sehingga tahun 2070.

Strategi seterusnya, menurut YB Datuk Hj Julaihi adalah The One Entity iaitu menjadikan empat  (4) agensi yang berperanan besar dalam pengurusan bekalan air menjadi satu entiti bagi memastikan keseimbangan pembangunan dan kebolehpercayaan air dan bekalan dapat memenuhi permintaan domestik dan komersial.

Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, YB Datuk Hj Julaihi Bin Hj Narawi diiringi oleh Puan Rodziah, Pengurus Besar, Lembaga Air Kuching melawat reruai pameran yang berada di Sarawak Water Supply Retreat 2022

Menurut beliau lagi, bagi mencapai PCDS 2030, Badan Korporat atau Organisasi Pengawal Selia perlu memastikan bahawa bidang pengurusan, pengawalseliaan dan pematuhan kepada semua akta/garis panduan/piawaian sumber air dipatuhi dan dikuatkuasakan.

Tambah YB Datuk Hj Julaihi lagi, bagi merealisasikan PCDS 2030, Kerajaan amat komited untuk memastikan 100% liputan bekalan air di Sarawak sampai kepada semua masyarakat termasuk luar bandar yang terpencil.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article