- Advertisement -spot_img
4,846
published news
and counting

Sarawak : Kota Legasi Pertama Acara Perniagaan di Malaysia dan Borneo

Must read

Sarawak perlu membawa naratif baharu dengan tampil sebagai kota legasi pertama dalam industri acara perniagaan di Malaysia dan Borneo.

Premier Sarawak, YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang  Haji Openg mengumumkan demikian ketika katanya ketika melancarkan Anugerah Anak Sarawak ke-10 2023 anjuran Business Events Sarawak (BES) baru-baru ini.

Naratif lama yang mengukur kejayaan acara perniagaan semata-mata dengan pulangan atas pelaburan dan nilai ekonomi tidak lagi relevan.

Sebaliknya, naratif baharu acara perniagaan Sarawak adalah untuk mengukur mengikut pulangan ke atas objektif dan pengaruhnya terhadap pembangunan sektor dan komuniti, pembangunan alam sekitar, sosial, dan menggalakkan tadbir urus yang baik sebagai tambahan kepada daya maju ekonominya.

Industri acara perniagaan juga perlu menyokong dan memainkan peranan mencapai misi Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.

Malah melihat jauh ke hadapan, Premier Sarawak berkata Sarawak tidak boleh lagi membataskan pemikiran kita semata-mata kepada Sarawak sahaja, tetapi menjangkau perspektif lebih luas yang menggabungkan peluang yang ada di Borneo

Premier Sarawak menekankan betapa penting menjadikan Sarawak sebagai lokasi penganjuran acara utama luar negara dan Borneo

Sarawak harus bersedia perlu merebut peluang susulan langkah Indonesia untuk memindahkan ibu negaranya ke Nusantara, Kalimantan yang akan memacu pembangunan baharu di Borneo.

Menurutnya, acara perniagaan akan menjadi penyumbang kukuh kepada pembangunan sosial dan keluaran dalam negara kasar Sarawak.

Atas kepentingan itu juga, Sarawak kini merancang untuk melaksanakan beberapa infrastruktur baharu sebagai persiapan ke arah tersebut  terutamanya melibatkan berskala besar.

Sebagai contoh Miri akan mempunyai pusat konvensyennya sendiri di samping pada masa yang sama  Sarawak kini sedang menubuhkan syarikat penerbangan sendiri untuk meningkatkan hubungan Sarawak dengan seluruh rantau ini.

Kerajaan Sarawak juga akan membangunkan ekosistem warisan dengan meningkatkan modal insan dan menggunakan data seiring dengan tindak balas kepada keperluan pasaran.

Industri penganjuran acara perlulah di lihat pada perspektif yang luas dan perlu ada perkaitan agar semua sektor bergerak seiring bagi menjayakan PCDS 2030

Berkaitan dengan Anugerah Anak Sarawak, ia akan diperluaskan dan ditukar nama kepada Anugerah Legasi Inspirasi Borneo dengan beberapa kategori baru akan diwujudkan di samping membuka pencalonan dari seluruh dunia.

Memperkukuhkan kedudukan Sarawak tersebut (kota legasi pertama tersebut) juga merupakan antara yang pertama di Asia Tenggara melancarkan Pelan Induk Tindakan Legasi Sarawak 2023-2025 di Jerman.

Tentang Anugerah Anak Sarawak

Anugerah Anak Sarawak ialah majlis anugerah pertama Malaysia yang didedikasikan untuk industri acara perniagaan oleh Business Events Sarawak. Majlis tersebut merupakan acara dwitahunan (setiap 2 tahun) dan terbuka kepada semua Rakan kerjasama BEsarawak yang berdaftar. Beberapa kategori terbuka kepada semua yang memenuhi kriteria tanpa mengira kewarganegaraan dan status Rakan kerjasama BEsarawak

Pemenang Anugerah Anak Sarawak Edisi ke-10

Pemenang

1.  Young Leader Award – Ms. Hii Mei Ching (Borneo Plux Sdn. Bhd.)

2.  Journalism Awards

a.  Print/Online Award – Ms. Priscilla Tawie Anak Sulok (New Sarawak Tribune)

b.  Broadcasting Award – TVS (Sarawak Media Group)

3.  Business Events Awards

a.  Convention of Excellence Award – 8th International Forum on Industrial Bioprocessing 2019 (Curtin University Malaysia)

b.  Corporate Meetings and Incentive Excellence Award – Spiral Eventz Management Sdn. Bhd.

c.  Meeting Venues of Excellence – Borneo Convention Centre Kuching

d.  Products and Services of Excellence – T.E.E.M. Event and Exhibition Management Sdn. Bhd.

4.  Sarawak Legacy Award – Better Air Quality Conference 2018 (The Clean Air Forum Society of Malaysia – MyCAS)

5.  Outstanding Achievement Award – Prof. Dr. Mohd Raili bin Suhaili (SEGI University – Sibu Clinical Campus)

Pelan Induk Tindakan Legasi Sarawak (Legacy MAP)  (2023-2025)

  • dibangunkan oleh Business Events Sarawak (BESarawak) bersama kerajaan Sarawak dan kumpulan perunding GainingEdge.
  • untuk menentukan dan memacu hala tuju mengenai penganjuran acara perniagaan di Sarawak
  • Secara aktif mencari acara yang sejajar dengan PCDS 2030.
  • Fokus kepada acara berkaitan  enam sektor ekonomi strategi itu (pembuatan, perlombongan, pertanian, perhutanan, pelancongan dan perkhidmatan) dan tujuh sektor pemboleh (digital, inovasi, pendidikan , infrastruktur, utiliti, pengangkutan dan tenaga boleh diperbaharui

Statistik (Menurut Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak)

  • Pada 2022, Sarawak melebihi sasaran awalnya sebanyak 111% untuk memperoleh 100 acara perniagaan bernilai RM326.3 juta dalam jumlah impak ekonomi — melepasi sasaran sebanyak 196%.
  • Perbelanjaan delegasi  dianggarkan RM117.3 juta dan hasil cukai RM19.6 juta, manakala 26,000 peluang pekerjaan telah wujud
  • Sarawak juga telah memenangi setiap bidaan antarabangsa tahun lepas pada 100% — peningkatan sebanyak 15.8% pada 2020 dan 7% pada 2021 — menunjukkan Sarawak mempunyai nilai yang kukuh dalam impak warisan.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article