- Advertisement -spot_img
Thursday, 29 February 2024 8:25pm

Belia Maju, Sarawak Makmur

Must read

Buat julung kalinya, Bahagian Kapit telah dipilih menjadi tuan rumah Sambutan Hari Belia Sarawak 2023. Sambutan kali ini merupakan Edisi keenam semenjak tahun 2017.

Sambutan tahun ini mengangkat tema “Belia Maju, Sarawak Makmur” yang bertepatan dengan tekad semangat membara rakyat dan belia Sarawak yang meraikan 60 tahun Sarawak Merdeka.

Tahun ini sambutan hari belia mengetengahkan konsep dan pendekatan 7K (Kepimpinan, Kesukanan, Keusahawanan, Kreativiti, Kebudayaan, Kesukarelawanan dan Kerohanian) yang merupakan pendekatan kreatif dan nafas baharu bagi merencanakan sebuah program yang relevan dengan belia.

Sambutan Hari Belia Sarawak 2023 di Kapit merupakan edisi keenam sejak kali pertama diadakan pada 2017

Tahun ini menyaksikan sejumlah 822 program pembangunan belia melibatkan 622,425 telah dilaksanakan oleh pihak Kementerian dengan kerjasama pihak Jabatan Belia dan Sukan Sarawak, SABERKAS, PEMADAM dan persatuan-persatuan belia dan sukan seluruh Sarawak.

Antara program-program yang dilaksanakan adalah Sambutan Hari Belia Sarawak, Jelajah Belia Sarawak, MYSED Go Rural, MYSED Go University, Youth Got Skills, Program Belia Prihatin, Kursus Kepimpinan Organisasi, Youth Survival Skills, Youth Leadership Camp, Sarawak X-Tive dan Youth Entrepreneur Set-Up. 

Premier Sarawak, YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg berkata bahawa Kerajaan Sarawak sentiasa prihatin dan memberikan sokongan berterusan kepada belia yang beliau anggap sebagai obor negeri Sarawak di dalam merealisasikan agenda pembangunan yang produktif dan berimpak tinggi selaras dengan agenda semasa pembangunan sosial anjuran Kerajaan Sarawak.

Premier Sarawak seterusnya menyatakan bahawa dalam Belanjawan 2024 sejumlah RM6.1 Juta diperuntukkan oleh Kerajaan sebagai usaha mempergiatkan pelaksanaan program-program untuk Pembangunan bakat belia Sarawak termasuk dalam sukan dan kebudayaan manakala RM2 juta telah diperuntukkan untuk melaksanakan pelbagai program bagi membentuk usahawan belia di Sarawak serta meningkatkan pendapatan anak-anak Sarawak.

YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari seterusnya menggesa golongan belia negeri ini untuk memaksimumkan inovasi dan teknologi digital dapat mengoptimakan pencapaian keberkesanan bidang mereka masing-masing ke arah mencapai aspirasi sebagai Sarawak Maju 2030 dan menjadikan belia Sarawak belia yang bertaraf dunia.

Dalam pada itu, Premeir Sarawak juga menyatakan dengan wujudnya  portfolio baharu iaitu Pembangunan Usahawan dalam Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak merupakan manifestasi hasrat kerajaan bagi menyediakan ruang dan peluang kepada golongan belia khasnya dalam menerapkan inovasi dan teknologi digital dalam kalangan usahawan belia Sarawak sebagai usaha proaktif memudahkan golongan belia menggunakan kepakaran teknologi untuk merangka strategi holistik yang akhirnya mampu membantu dalam membuat keputusan berkaitan perniagaan yang dilaksanakan.

Premier Sarawak berkata demikian pada majlis Sambutan Hari Belia Sarawak 2023. Teks ucapan Premier Sarawak dibacakan oleh YB Dato Seri Haji Aabul Karim Rahman Hamzah, Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Sarawak merangkap Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak.

Pada sambutan berkenaan, Encik Mohd Akram bin Mohamed Karim telah dianugerahkan Anugerah Belia Sarawak bagi kategori lelaki manakala Puan Lyona binti Stephen dianugerahkan Anugerah Belia Sarawak bagi kategori wanita sementara Kelab Belia Jalan Tanjung Kidurong (JCI Jalan Tanjung Kidurong) dianugerahkan Anugerah Belia Sarawak kategori Pertubuhan.

Pada sambutan berkenaan, Encik Mohd Akram bin Mohamed Karim telah dianugerahkan Anugerah Belia Sarawak bagi kategori lelaki manakala Puan Lyona binti Stephen dianugerahkan Anugerah Belia Sarawak bagi kategori wanita sementara Kelab Belia Jalan Tanjung Kidurong (JCI Jalan Tanjung Kidurong) dianugerahkan Anugerah Belia Sarawak kategori Pertubuhan.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article