Pelbagai bentuk bantuan pendidikan di Sarawak, Persekutuan dan negara luar membantu meningkatkan tahap pendidikan dan kemahiran tenaga kerja serta menyumbang kepada pembangunan modal insan berdaya saing dan berpengetahuan.
Jabatan Tanah dan Survei Sarawak (JTS) komited meneruskan sokongan terhadap perkhidmatan psikologi dan kaunseling secara berterusan bagi memupuk budaya kerja yang harmoni, empati dan produktif, selain meningkatkan daya tahan mental para penjawat awam agar seiring dengan aspirasi Kerajaan Sarawak untuk melahirkan Sarawak Civil Service (SCS) yang berkelas antarabangsa dan berdaya maju menjelang 2030.
Penjenamaan semula Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu (UPMKB) kepada Universiti Putra Malaysia Sarawak (UPMS) adalah satu langkah strategik yang mengiktiraf kewujudan UPMS di Sarawak, malah juga di Borneo sejak 1974.
Aktiviti berasaskan akuakultur, pertanian dan agropelancongan semakin terbukti sebagai pemacu transformasi ekonomi luar bandar, seperti yang sedang berlaku di Bahagian Serian.
Universiti Putra Malaysia Sarawak (UPMS) muncul sebagai pemangkin transformasi pendidikan dan pertanian di Sarawak dengan menggabungkan akademik, industri serta komuniti, sekali gus melahirkan tenaga mahir, memperkukuh keterjaminan makanan, dan menyumbang kepada agenda pembangunan negeri serta kedaulatan negara.
Universiti Putra Malaysia Sarawak (UPMS) lahir sebagai universiti rakyat Sarawak yang menghubungkan penyelidikan dengan komuniti, melahirkan agropreneur muda serta membangunkan kepakaran veterinar dan pertanian moden, sekali gus menjadi simbol aspirasi negeri, pemacu keterjaminan makanan, dan harapan generasi tani baharu yang berdaya saing.
Sarawak Agrofest 2025 di Bintulu begitu signifikan bertepatan dengan tema pengindustrialisasian sektor pertanian melalui penerapan teknologi pintar. Dengan kehadiran lebih 800,000 pengunjung dan nilai jualan mencecah RM5.4 juta, acara ini menjadi platform utama memperkenalkan inovasi antaranya seperti hidroponik moden, rumah hijau berteknologi tinggi, sistem kawalan baja dan air automatik (Priva), serta pemantauan kualiti air kolam ikan berasaskan AI (Fishspeak). Teknologi drone, realiti maya (VR) dan banyak lagi.
Hari Wanita disambut di seluruh dunia dengan pelbagai pengisian program bertujuan untuk meraikan kejayaan dan pencapaian kaum wanita dalam pelbagai bidang.