- Advertisement -
5,260
published news
and counting
- Advertisement -spot_img

CATEGORY

Local

Pesta Irau Aco, “Perhimpunan Terbesar” Suku Kaum  Lun Bawang

Sejajar dengan pengiktirafan kerajaan Sarawak terhadap Pesta Lun Bawang atau Irau Aco Lun Bawang ini, pihak Persatuan Lun Bawang Sarawak (PLBS) telah diberi amanah untuk menjadi penganjur acara yang sinonim dengan masyarakat kaum Lun Bawang. Pesta yang diadakan di Lawas ini bagi meraikan penduduk asli Lun Bawang yang kaya dengan seni, budaya dan warisan.

Program Kelestarian Hospital Hijau, Hospital Miri

Kejayaan pihak pengurusan Hospital Miri dalam pelaksanaan Program Kelestarian atau Sustainability Program (SP) terbukti apabila pencapaian mereka diiktiraf oleh Kerajaan Sarawak dengan menganugerahkan Anugerah Alam Sekitar Premier Sarawak 2022 kepada mereka.

Struktur dan Kapasiti Dipertingkatkan Ikut Keperluan Sarawak

Sejak Angkatan Pertahanan Awam (APM) dinaiktaraf pada tahun 2016 (sebaik sahaja semakan semula Akta Pertahanan Awam 1951 dilakukan pada tahun 2016, sebelum ini hanya memikul tanggungjawab pentadbiran (ketika itu hanya Jabatan Pertahanan Awam) agensi ini telah mengalas tanggungjawab yang besar.

Pesta Bung Bratak Menyingkap Peristiwa Penting Sejarah Dan Warisan Masyarakat Bidayuh Jagoi

Pesta Bung Bratak merupakan pesta yang menampilkan kebudayaan masyarakat Bidayuh dari Lundu, Bau, Kuching dan Serian.

Anugerah Inovasi Khas SCSICA 2022, Iktiraf Usaha Menyemarak Budaya Inovasi

Perkhidmatan Awam perlu berubah dalam melangkaui ekspektasi pembudayaan inovasi dan penerapan kreativiti dan kejayaan program pembudayaan inovasi dan kreativiti di sesebuah jabatan atau agensi adalah bergantung kepada komitmen dan penglibatan seluruh warganya.

Anugerah Inovasi Premier Sarawak 2022, Pengiktirafan Paling Berprestij SCSICA

Tahun 2022, sebanyak 132 Projek/Produk Kumpulan KIK telah menyertai Konvensyen Inovasi Perkhidmatan Awam Sarawak, di mana jumlah tersebut adalah meningkat dengan Pelaksanaan Pendekatan Baharu Mini konvensyen ICC dianjurkan di peringkat Kementerian/Pejabat Residen dan Daerah/Jabatan Premier Sarawak. Walaubagaimanapun, daripada jumlah tersebut, sebanyak 43 Projek/Produk Kumpulan KIK telah berjaya ke peringkat akhir Sarawak Civil Service Innovation Convention Awards.

Penyelidikan di Institut Pengajian Borneo, UNIMAS Memelihara Budaya & Warisan Sarawak

Kepulauan Borneo merupakan kepulauan ketiga terbesar di dunia, malah ianya merupakan kepulauan yang banyak menyimpan dan memiliki khazanah budaya dan warisan yang sangat tinggi dan kuat.

PESAYA-14 : Lebih 1,000 Orang Atlet Dan Pegawai Berkampung Di Kuching

Temasya Sukan PESAYA dianjurkan secara dwi tahunan dan setiap yayasan negeri akan diberikan peluang untuk menjadi tuan rumah secara bergilir-gilir.

CORS Station Menyediakan Infrastruktur Jaringan Geodetic

Kolaborasi terkini Jabatan Tanah dan Survei Sarawak (JTS) dan Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) pada 3 Februari 2023 melalui Memorandum Persefahaman yang membolehkan perkongsian maklumat data imej satelit dengan resolusi 1.5 meter bagi menghasilkan peta litupan tanah terkini. JTS pernah berkolaborasi dengan Universiti Teknologi Malaysia pada tahun 2022 berkaitan makmal satelit dengan mewujudkan CORS station di Sarawak selain dengan pihak Universiti Teknologi MARA (UiTM) dalam pembangunan sumber manusia dan perancangan bandar.

61 SPK dan SPS Diluluskan Dalam RMKe-12

Bagi mengatasi isu kepadatan penempatan dalam kampung tradisional di Sarawak, Kerajaan Sarawak telah memperkenalkan Skim Pembesaran Kampung (SPK) dan Skim Penempatan Semula (SPS) dengan susun atur kawasan kediaman disediakan dengan terancang serta dilengkapi dengan kemudahan infrastruktur dan utiliti asas seperti jalan, bekalan air dan elektrik. Bukan itu sahaja, skim ini juga turut menyediakan beberapa komponen lain seperti kawasan lapang, rizab kerajaan, tapak bagi tujuan keagamaan dan sebagainya bagi mengekalkan ciri-ciri sosial serta meningkatkan ekonomi masyarakat kampung tradisi yang sedia ada.

Latest news

- Advertisement -spot_img
Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]