Keadaan sudah banyak berubah dan banyak kemudahan-kemudahan infrastruktur telah dibina oleh kerajaan di sekitar Rh Johnson Intai. Sejak itu, penduduk di sini merasai kawasan mereka membangun terutama dari aspek sosioekonomi dan taraf hidup penduduk.
Kerajaan Sarawak terus komited melaksanakan beberapa projek berimpak tinggi menerusi RTP sebagai usaha mempercepatkan pembangunan infrastruktur secara terancang, tersusun dan seimbang di kawasan pedalaman luar bandar antaranya ialah di Daerah Kecil Debak.
Pejabat Daerah Kecil Spaoh baharu ini dilengkapi dengan pelbagai kemudahan serta kelengkapan yang diperlukan termasuklah bilik persidangan (conference room) bagi kegunaan semua kakitangan pejabat bagi membincangkan perkara-perkara yang berkaitan dengan pentadbiran dan pengurusan.
Maklum balas dari komuniti setempat diambil kira dalam perancangan pembangunan sosioekonomi di Spaoh yang bertujuan memastikan dasar dan strategi direalisasikan untuk pembangunan seimbang dengan mengoptimumkan sumber segenap aspek.
SIDC akan dilengkapi dengan makmal Bio-Safety Level 3 (BSL-3) yang membolehkan penyelidikan dan pengembangan ejen berjangkit BSL-3 serta pengujian produk untuk memastikan pengkomersialan ‘output’ Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) dapat dilakukan.
Perkhidmatan ini merupakan salah satu inisiatif Kementerian Kewangan Malaysia bertujuan memberikan perkhidmatan-perkhidmatan utama yang diperlukan kepada penduduk luar bandar atau komuniti pedalaman.