Kerajaan Sarawak meneruskan pembangunan teknologi hijau di negeri ini dengan mempromosi industri tenaga bersih dan mempelbagaikan peralihan sumber tenaga daripada tradisional kepada sumber tenaga boleh diperbaharui.
Dalam keadaan pandemik dan usaha untuk mengekang merebaknya COVID-19, Kerajaan telah melaksanakan beberapa siri Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang telah memberi kesan kepada kehidupan rakyat dan sentiasa memikirkan kaedah dan langkah untuk mengurangkan kesan pandemik ini kepada kehidupan rakyat.
GLC dan GLIC yang telah membantu membina asas pembangunan sosioekonomi Malaysia selama hampir lima dekad telah menzahirkan komitmen untuk terus menyokong usaha Kerajaan bagi mempercepatkan pemulihan dan pertumbuhan ekonomi negara pasca COVID-19.
Program sehari anjuran Unit Pemodenan Perkhidmatan Negeri (UPPN), Jabatan Premier Sarawak dengan kerjasama Pejabat Residen Bahagian Sarikei adalah satu inisiatif keterangkuman digital Kerajaan Sarawak dalam usaha mengurangkan jurang digital di antara masyarakat bandar dengan luar bandar.
The upcoming road network is set to enhance land connectivity in rural areas of southern and central Sarawak, increasing the potential of generating socio-economic opportunities for communities and the private sector there.
Keadaan sudah banyak berubah dan banyak kemudahan-kemudahan infrastruktur telah dibina oleh kerajaan di sekitar Rh Johnson Intai. Sejak itu, penduduk di sini merasai kawasan mereka membangun terutama dari aspek sosioekonomi dan taraf hidup penduduk.
Kerajaan Sarawak terus komited melaksanakan beberapa projek berimpak tinggi menerusi RTP sebagai usaha mempercepatkan pembangunan infrastruktur secara terancang, tersusun dan seimbang di kawasan pedalaman luar bandar antaranya ialah di Daerah Kecil Debak.