Konsep utama adalah operasi induk bandar pintar, yang merupakan yang pertama di Malaysia yang bertujuan untuk menyampaikan pelbagai perkhidmatan sistem yang cekap dan efisien untuk membolehkan penyedia perkhidmatan dalam ekosistem Bandar Pintar turut serta dalam inovasi perkhidmatan bandar
Konsep bangunan pintar ini selaras dengan visi menjadikan bandar raya Miri sebagai sebuah bandar raya pintar yang secara tidak langsung akan dapat meningkatkan kualiti hidup penduduknya.
Ketidaksamaan dan ketidakseimbangan antara negeri, dalam negeri dan wilayah masih wujud dan jurang pembangunan di antara kawasan luar bandar dan bandar pula masih berterusan. Oleh itu, dalam tempoh RMK-12, usaha akan dipergiatkan untuk mempercepatkan pembangunan yang lebih inklusif bagi negeri dan wilayah serta merapatkan jurang pembangunan antara kawasan luar bandar dan bandar.