Sejak berabad lamanya, masyarakat di Sarawak, khususnya yang mendiami lembah sungai dan kawasan pedalaman, telah mengamalkan nilai gotong-royong dan bantu-membantu sebagai nadi kehidupan.
Nilai ini bukan sekadar warisan budaya, tetapi merupakan mekanisme kelangsungan hidup yang membolehkan komuniti menghadapi pelbagai cabaran, daripada kekurangan infrastruktur sehinggalah kepada ketidaktentuan harga hasil bumi.
Dalam bahasa Iban, konsep ini dikenali sebagai penyurop; dalam komuniti Melayu, ia disebut gotong-royong; manakala dalam masyarakat Orang Ulu, semangat kolektivisme ini terpancar dalam setiap aspek kehidupan seharian.
Nilai-nilai murni inilah yang menjadi landasan ideal kepada model perkongsian koperasi, satu pendekatan ekonomi kolektif yang dijanjikan mampu
Dalam konteks ekonomi moden yang dicirikan oleh ketidaktentuan, globalisasi dan kemajuan teknologi pesat, konsep kerjaya idaman semakin berubah menjadi isu struktur dan dasar awam. Ia bukan lagi sekadar soal “pekerjaan apa yang diingini”, tetapi “pekerjaan apa yang realistik, mampan dan relevan dengan masa depan”.
Hari Belia Sarawak 2024 di Mukah meraikan inovasi dan kelestarian melalui aktiviti kreatif, pengiktirafan belia cemerlang, dan pencapaian rekod nasional, memupuk perpaduan, keusahawanan, serta kesedaran komuniti terhadap pembangunan mampan.
Aktiviti kesukarelawanan sering dikaitkan dengan penglibatan belia sama ada lelaki mahupun wanita. Hal tersebut dikatakan demikian mungkin kerana belia ialah generasi muda yang bertenaga, berani mengambil risiko dan masih dalam peringkat belajar dan memahami erti kehidupan.
Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Miri ditubuhkan pada 2002. IKBN Miri menawarkan tiga (3) program utama, iaitu Program Automotif, Program Mekanikal dan Program Hospitaliti.
Meningkatkan tahap kualiti hidup dan kesejahteraan adalah antara matlamat utama setiap individu, tidak terkecuali belia. Belia adalah sekumpulan penduduk yang berpotensi mempengaruhi masa depan sesebuah negara dan kerana itu tahap kualiti hidup dan kesejahteraan belia perlu diberi perhatian sewajarnya.
Kerajaan Sarawak melalui Kementerian Belia, Suka dan Pembangunan Usahawan (MYSED) telah merangka program Youth Entrepreneur Setup (YES) sebagai platform untuk menggalakkan dan membimbing golongan belia dalam bidang keusahawanan.
Generasi muda sebagai pewaris masa depan perlu mengetahui dan sedar kepentingan menyemai semangat jati yang setia dengan Sarawak melalui usaha memajukan belia seterusnya memastikan Sarawak makmur.
Matlamat asal penubuhan Perkhidmatan Pendidikan Majlis Islam Sarawak (BPP-MIS) adalah untuk bertindak sebagai badan pemikir, perancang dan pelaksana pelbagai bentuk inisiatif Pendidikan Berasaskan Komuniti (PBK).