Sawetro Alangan mudah digunakan kerana ianya fleksibel, ringan dan jimat ruang. Penghadang ini sesuai digunakan di semua tempat dan aktiviti yang memerlukan penghadang dalam kadar segera.
Program HIITS wajar diadakan bagi mengukuhkan imej Perkhidmatan Awam Sarawak dan Jabatan Tanah dan Survei (JTS) khususnya di mata rakyat kerana imej yang baik dan berintegriti adalah penting untuk meningkatkan keyakinan rakyat terhadap setiap perkhidmatan yang diberikan kepada mereka.
Malaysia semakin berkembang menjadi hab teknologi untuk pengasas di peringkat antarabangsa sehingga disenaraikan sebagai destinasi untuk syarikat permulaan terbaik ke-11 di dunia.
Sarawak perlu menyediakan satu ekosistem yang komprehensif dengan membangunkan modal insan dan bakat tempatan dengan pengetahuan dan kemahiran yang betul untuk memenuhi ekonomi baharu menerusi produk yang dihasilkan daripada teknologi hijau dan boleh diperbaharui.
Pembangunan Pusat Data dan Inovasi Sarawak berpotensi besar dalam memacu perkembangan sektor ekonomi baharu selaras dengan mandat Kerajaan Sarawak tahun 2030. Kerajaan kekal relevan dalam memenuhi permintaan dalam sektor ekonomi digital di semua peringkat melalui keterbukaan dalam transformasi digital.
Hab Inovasi Digital (DIH) Sarawak memainkan peranan yang amat penting dalam menghubungkan komuniti tempatan serta memperluaskan ekosistem keusahawanan di negeri Sarawak.
Selain daripada pengiktirafan Public Service Innovation Award (PSIA), Malaysia Technology Expo (MTE) 2023 juga menjadi platform untuk para inventors dan innovators daripada seluruh dunia untuk berkumpul dan merebut pengiktirafan yang dianugerahkan semasa expo ini berlangsung.
Perkhidmatan Awam perlu berubah dalam melangkaui ekspektasi pembudayaan inovasi dan penerapan kreativiti dan kejayaan program pembudayaan inovasi dan kreativiti di sesebuah jabatan atau agensi adalah bergantung kepada komitmen dan penglibatan seluruh warganya.
Tahun 2022, sebanyak 132 Projek/Produk Kumpulan KIK telah menyertai Konvensyen Inovasi Perkhidmatan Awam Sarawak, di mana jumlah tersebut adalah meningkat dengan Pelaksanaan Pendekatan Baharu Mini konvensyen ICC dianjurkan di peringkat Kementerian/Pejabat Residen dan Daerah/Jabatan Premier Sarawak. Walaubagaimanapun, daripada jumlah tersebut, sebanyak 43 Projek/Produk Kumpulan KIK telah berjaya ke peringkat akhir Sarawak Civil Service Innovation Convention Awards.