Dalam era globalisasi, pendidikan STEM (Science, Technology, Engineering and Mathematics) menjadi satu tonggak utama bagi negara-negara yang mengejar ekonomi berasaskan pengetahuan, inovasi dan teknologi tinggi.
Trend antarabangsa menunjukkan bahawa kemahiran berasaskan STEM (Science, Technology, Engineering and Mathematics) bukan saja membuka peluang kerjaya yang luas tetapi juga menjadi asas kepada persaingan dalam teknologi masa depan seperti kecerdasan buatan (AI), robotik, data sains dan tenaga bersih.
Menurut laporan antarabangsa, tenaga kerja dalam sektor STEM dijangka terus berkembang pesat dalam dekad akan datang, dengan pertumbuhan pekerjaan lebih tinggi berbanding sektor bukan-STEM dan gaji median yang lebih kompetitif.
STEM mengajar pemikiran kritis dan inovasi. Tumpuan kepada proses pemikiran logik dan penyelesaian masalah membolehkan pelajar membangunkan tabiat mental yang akan membantu mereka berjaya dalam apa jua bidang dan ini pastinya akan menjayakan matlamat untuk melahirkan tenaga kerja mahir dan negara akan terus berkembang sebagai sebuah negara maju.