Walaupun Majlis Daerah Luar Bandar Sibu (MDLBS) berkeluasan 25 kali ganda luasnya jika dibandingkan dengan kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Sibu (MPS), ini tidak menghalang MDLBS memberikan perkhidmatan terbaiknya mengikut kapasitinya.Ini dapat disaksikan sejak tiga (3) tahun kebelakangan (2022-2024), MDLBS telah banyak melaksanakan beberapa penambahbaikan Perkhidmatan
Memiliki bangunan sendiri di Sibu Jaya, Majlis Daerah Luar Bandar Sibu (MDLBS) akan jadikan Sibu Jaya sebagai pusat satelit atau bandar berkembar bagi menyokong pembangunan bandar Sibu di bawah MPS dan MDLBS sebagai agensi peneraju pentadbiran dapat memastikan bekerjasama dengan agensi swasta seperti Amcorp Berhad untuk merancakkan serta memastikan pertumbuhan progresif di Sibu Jaya.