Komitmen berterusan Politeknik Kuching Sarawak (PKS) dalam memperkukuh sistem pengurusan dan kualiti perkhidmatan telah membuahkan hasil apabila institusi pendidikan tinggi tersebut berjaya merangkul Anugerah Emas dalam Anugerah Kualiti Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak (AKPANS) 2025.
Anugerah Kualiti Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak (AKPANS) merupakan inisiatif pengiktirafan Perkhidmatan Awam yang berprestij bagi mengiktiraf serta mengukur prestasi jabatan atau agensi kerajaan di Sarawak yang mencapai tahap kecemerlangan kualiti dalam keberkesanan tadbir urus, operasi serta penyampaian perkhidmatan yang cemerlang kepada pelanggan melalui pematuhan piawaian kriteria-kriteria tertentu.