Pelbagai inisiatif kemudahan dan bantuan pendidikan telah dilaksanakan oleh Kerajaan Sarawak bagi memastikan pendidikan berkualiti dapat dicapai secara inklusif.
Bermula dari pembangunan kemudahan fizikal hingga ke pembangunan modal insan, semuanya dilaksanakan bagi meningkatkan akses pendidikan berkualiti yang selari dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) 4, iaitu Pendidikan Berkualiti.
Universiti Teknologi Sarawak (UTS) muncul universiti dengan reka bentuk bangunan hijau yang pertama di Malaysia mendapat penarafan ‘Indeks Platinum’ GBI (Green Building Index).
Kampus Universiti Teknologi Sarawak (UTS) merupakan Kampus Universiti “Pertama” mendapat pengiktirafan 5 Bintang Green Building Index Energy Efficiency (GBI EE).