26.8 C
Kuching
Thursday, January 21, 2021

Majlis Penyerahan Anugerah kepada Ketua Menteri

Majlis penyerahan anugerah-anugerah yang dimenangi Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak kepada Ketua Menteri YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Haji Adenan Haji Satem (tiga, kiri) oleh Setiausaha Kerajaan Negeri YB Tan Sri Datuk Amar Haji Mohamad Morshidi Abdul Ghani (empat, kiri) di Wisma Bapa Malaysia pada 23 Oktober 2014.

Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak atau PANS telah mendapat tiga anugerah daripada Ketua Setiausaha Negara YBhg Tan Sri Dr. Ali Hamsa dan Jabatan Perdana Menteri sempena Majlis Anugerah Inovasi Sektor Awam 2014 yang berlangsung di Subang Jaya pada 9 Oktober lepas.

Anugerah-anugerah tersebut ialah anugerah FutureGov, Penarafan 5 Bintang dan Anugerah Cemerlang Pengurusan Aduan 2013.

Anugerah FutureGov dimenangi menerusi kategori Digital Inclusion berdasarkan Pelan Tindakan SCS 10-20 yang diiktiraf sebagai insiatif terbaik dalam merapatkan jurang digital melalui penggunaan teknologi yang inovatif. FutureGov merupakan pengiktirafan tertinggi dalam perkhidmatan awam di Asia Pasifik.

Untuk anugerah Penarafan 5 Bintang, Jabatan Ketua Menteri telah dianugerahkan untuk kali kedua berturut-turut berdasarkan prestasi cemerlang dalam strategi dan amalan terbaik yang dilaksanakan.

Manakala sistem pengurusan aduan Talikhidmat memenangi Anugerah Cemerlang Pengurusan Aduan 2013 daripada Jabatan Perdana Menteri atas kejayaan menyelesaikan 100 peratus aduan yang dikemukakan. Anugerah telah disampaikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Paul Low Seng Kuan. Ia adalah kejayaan kali ketiga berturut-turut yang dicapai oleh Kerajaan Negeri sejak 2011.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

909FansLike
1,667FollowersFollow
21SubscribersSubscribe
- Advertisement -

Latest Articles