30 C
Kuching
Tuesday, January 19, 2021

Majlis Perasmian Sekolah Kebangsaan Matu Baru

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, YB Dato’ Wan Junaidi  Tuanku Jaafar yang mewakili Ketua Menteri Sarawak, YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Haji Adenan  Haji Satem bersama Menteri Pendidikan Malaysia, YB Dato’ Seri Mahdzir  Khalid melakukan gimik perasmian Sk Matu Baru di Kuching pada 30 November 2015.

Menteri Pendidikan Malaysia, YB Dato’ Seri Mahdzir Khalid dalam ucapan beliau telah memaklumkan bahawa Kerajaan pusat akan membina 42 sekolah baharu di Sarawak di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 (2016-2020) membabitkan peruntukan berjumlah RM1.3 bilion.

Menurut beliau, peruntukan tersebut adalah sebahagian daripada RM422 juta yang dimohon oleh negeri Sarawak bagi tujuan pembinaan sekolah baharu tersebut.

Walau bagaimanapun, jelas beliau, hanya RM95 juta sahaja diberikan kepada negeri Sarawak khusus untuk menyelenggara dan memperbaiki lebih 300 sekolah yang daif di negeri ini.

Mengulas mengenai peruntukan tersebut, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, YB Dato’ Wan Junaidi berkata, adalah menjadi tanggungjawab kementerian dan kerajaan menyediakan peruntukan bagi membina sekolah baharu, menaik taraf serta menyelenggara sekolah yang sedia ada.

Beliau juga berkata bahawa Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sarawak telah melakukan segala usaha bagi memastikan 42 sekolah baharu itu dapat dibina mengikut jadual serta spesifikasi yang telah ditetapkan.

Turut hadir semasa majlis perasmian tersebut ialah, Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam), YB Datuk Daud Abdul Rahman dan ADUN Pantai Damai, YB Dr Abdul Rahman Junaidi.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

900FansLike
1,667FollowersFollow
21SubscribersSubscribe
- Advertisement -

Latest Articles