25.8 C
Kuching
Wednesday, January 20, 2021

Lawatan Perdana Menteri ke SK Sg. Ladong

Perdana Menteri YAB Datuk Patinggi Mohd Najib Tun Abdul Razak bertanya sesuatu kepada salah seorang murid Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Sungai Ladong, Sebuyau, Simunjan ketika meninjau sekolah tersebut pada hari kedua lawatan kerja rasmi beliau ke Sarawak pada 31 Januari 2015.

Turut mengiringi beliau ialah Timbalan Ketua Menteri Sarawak YB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr.) Alfred Jabu anak Numpang dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri YB Hajah Nancy Haji Shukri.

Pada lawatan tersebut, Perdana Menteri mengumumkan bahawa SK Kampung Sungai Ladong yang terletak kira-kira 100 kilometer dari Bandaraya Kuching akan memiliki bangunan baharu dalam masa lebih kurang lima minggu, dibina dengan menggunakan teknologi sistem binaan berindustri atau IBS.

Bangunan baharu yang bernilai kira-kira RM2 juta tersebut akan dilengkapi dengan enam bilik darjah, dua kuarters guru serta makmal sains yang dibina berhampiran tapak sedia ada.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

900FansLike
1,667FollowersFollow
21SubscribersSubscribe
- Advertisement -

Latest Articles