- Advertisement -spot_img
4,846
published news
and counting

Kemahiran Mengurus Media Sosial

Must read

Permintaan untuk pengurus dan pakar media sosial semakin meningkat kerana kebanyakan syarikat mempunyai kehadiran media sosial yang kuat.

Hari ini, permintaan untuk jawatan pengurus atau pakar media sosial semakin meningkat, berikutan kebanyakan syarikat mempunyai kehadiran media sosial yang kuat.

SCORE melaporkan banyak organisasi melantik pengurus media sosial untuk membentuk strategi media sosial mereka dengan menghasilkan bahan hantaran di laman sosial serta mengukur keberkesanannya.

Sektor pemasaran merupakan salah satu sektor yang banyak memerlukan komponen media sosial.

Individu yang mencari pekerjaan sebagai pengurus, penyelaras atau pengarah pemasaran perlu memahami bagaimana media sosial berfungsi sebagai sebahagian daripada strategi pemasaran secara keseluruhan.

Antara kemahiran penting yang diperlukan untuk mengurus media sosial termasuklah kemahiran menggunakan pelbagai platform dalam talian untuk berkomunikasi dengan orang ramai seperti Twitter, Instagram, Facebook, Pinterest, LinkedIn dan sebagainya.

Tugas utama pengurus atupun pengendali platform-platform media sosial adalah mengembangkan kehadiran syarikat atau organisasi dalam talian serta membina reputasi jenama mahupun produk milik syarikat.

Untuk berjaya dalam bidang ini, seseorang itu perlu menggabungkan kemahiran teknikal dan kemahiran insaniah.

Celik IT dan menguasai kemahiran teknologi boleh menjadikan seseorang berkembang dan pergi dengan lebih jauh, namun kebanyakan golongan profesional sangat mengutamakan pada kandungan (dalam talian) yang dihasilkan.

Lebih daripada itu, penulisan yang baik dengan Bahasa yang mampu menarik perhatian pengguna-pengguna media sosial yang menjadi sasaran adalah sangat penting.

Sebilangan besar hantaran media sosial mengandungi teks atau yang berasaskan teks. Ini bermakna, catatan yang ditulis perlulah menarik, ringkas, berkesan dan mempunyai mesej yang jelas.

Penulisan yang baik merangkumi karangan yang menggabungkan perkataan seperti tatabahasa, ejaan dan tanda bacaan.

Aspek mewakili ‘suara’ syarikat atau organisasi dengan penggunaan kata-kata yang konsisten, kepintaran dan kadang-kadang diselitkan dengan humor juga perlu dititik beratkan.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article