24 C
Kuching
Tuesday, November 24, 2020

#MyMudah Dilancarkan di Sarawak

Matlamat pengenalan Malaysia Mudah atau #MyMudah adalah untuk membantu pemain industri dan syarikat perniagaan daripada dibebani kerenah birokrasi dan mengurangkan kos pematuhan yang dikenakan.

Pelaksanaan #MyMudah juga dijangka dapat mencapai pengurangan sebanyak 25 peratus atau bersamaan dengan RM10 bilion kos pematuhan dalam sektor awam.

Di bawah #MyMudah, isu-isu yang telah dapat diatasi termasuklah isu pengeluaran permit eksport produk florikultur dan makanan diproses, isu pengeluaran surat serahan oleh agensi-agensi teknikal berkaitan sijil penyiapan dan pematuhan, isu lesen berkaitan pembinaan ladang ternakan moden dan isu kelonggaran syarat dan peraturan pengendali industri pelancongan berlesen.

Melalui #MyMudah, kementerian dan Kerajaan Negeri akan dapat mengurangkan peraturan tidak perlu serta meningkatkan kecekapan perniagaan

Demikian intipati ucapan Ketua Menteri YAB Datuk Patinggi (Dr.) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Haji Openg yang disampaikan oleh Timbalan Ketua Menteri YB Datuk Amar Haji Awang Tengah Ali Hasan pada majlis pelancaran Sarawak Productivity #MyMudah yang dilangsungkan secara webinar pada 20 November.

Jelas Ketua Menteri, selain Pelan Jana Semula Ekonomi Negara atau PENJANA, #MyMudah merupakan salah satu daripada inisiatif kerajaan dalam memulihkan ekonomi negara ketika berdepan dengan pandemik COVID-19.

Manakala di peringkat negeri pula, Kerajaan Sarawak telah menubuhkan Majlis Tindakan Ekonomi Sarawak (SEAC) sebagai usaha memulihkan ekonomi negeri pasca pandemik COVID-19.

Menurut beliau, kesan pandemik COVID-19 telah merubah landskap operasi perniagaan kepada aktiviti yang lebih inovatif dan produktif.

Situasi ini tidak diragui telah menghasilkan peningkatan proses inovatif dan kecekapan aktiviti perniagaan dan mengurangkan kebergantungan pada tenaga buruh yang secara alternatifnya telah meningkatkan produktiviti perniagaan.

Oleh yang demikian, penggunaan teknologi Industri 4.0 dan digitalisasi yang selari dengan Strategi Ekonomi Digital Sarawak (2018-2022) adalah sebahagian daripada insiatif di bawah SEAC bagi meningkatkan ekonomi dan daya saing Sarawak sebagai destinasi pelaburan menarik di rantau ini.

Pada masa yang sama, Kerajaan Sarawak juga sedang mewujudkan ekosistem dan polisi yang mesra perniagaan yang akan menggalakkan serta mempromosi pelaburan berkualiti dalam semua sektor di negeri ini.

Terdahulu, Ketua Pengarah MPC YBhg Dato’ Abdul Latif Haji Abu Seman memaklumkan, MPC Sarawak menawarkan pelbagai inisiatif untuk meningkatkan kecekapan sektor awam dan swasta di negeri ini bawah program Sarawak Productive.

Antara program yang ditawarkan termasuklah mengkaji dan memperbaiki polisi dan peraturan program pembangunan, program khidmat nasihat perniagaan secara dalam talian (BVAS), latihan melalui webinar bagi membincangkan usaha pemulihan perniagaan pasca COVID-19 serta program transformasi kecemerlangan perniagaan untuk organisasi.

Menyentuh mengenai #MyMudah, beliau yakin bahawa inisiatif tersebut dapat membantu komuniti perniagaan dan usahawan di Sarawak dalam berdepan isu berkaitan syarat dan peraturan perniagaan serta memudahkan mereka menjalankan perniagaan.

Majlis pelancaran #MyMudah dianjurkan oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) Sarawak dengan kerjasama Unit Perancang Ekonomi (EPU) Sarawak.

Related Articles

Effective Governance Boost Efficiency

Good management is, of course, critical for the operation of an organisation. With a good corporate governance framework in place, supported by a healthy corporate...

Developing and Enhancing Community Tourism in Sarawak

Community based tourism (CBT) is a new form of tourism that is managed by the local communities. Everything from decision making, planning, and evaluation...

Kecekapan Mengurus Kewangan Dalam Mengharungi Pandemik Covid-19

Pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia telah meninggalkan kesan yang amat parah terhadap ekonomi dan sosial masyarakat apabila ramai yang telah kehilangan punca pendapatan...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

890FansLike
1,659FollowersFollow
21SubscribersSubscribe
- Advertisement -

Latest Articles

Effective Governance Boost Efficiency

Good management is, of course, critical for the operation of an organisation. With a good corporate governance framework in place, supported by a healthy corporate...

Developing and Enhancing Community Tourism in Sarawak

Community based tourism (CBT) is a new form of tourism that is managed by the local communities. Everything from decision making, planning, and evaluation...

Kecekapan Mengurus Kewangan Dalam Mengharungi Pandemik Covid-19

Pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia telah meninggalkan kesan yang amat parah terhadap ekonomi dan sosial masyarakat apabila ramai yang telah kehilangan punca pendapatan...

SDI to Hold Talk on Mental Health During COVID-19

Sarawak Development Institute (SDI) will be organising a virtual public talk on mental health during COVID-19 and ways of coping while adapting to the...

Estimated cost to build one-kilometre road can be between RM4.17 million to RM12.5 million

The estimated cost to build a one-kilometre of tar sealed road can be between RM4.17 million to RM12.5 million. This was in respond to the...