31.8 C
Kuching
Tuesday, April 20, 2021

Pengertian Tentang Masyarakat Pembelajar

Masyarakat pembelajar adalah masyarakat yang memiliki semangat, kesedaran dan kemahuan untuk terus mencari serta menggali ilmu, menemukan dan menciptakan pengetahuan untuk mewujudkan kehidupan yang lebih berkualiti.

Pada hakikatnya, belajar merupakan suatu keperluan dan bukan hanya sekadar bersekolah sebaliknya jika dilihat dalam konteks yang lebih luas, ia dilihat sebagai kecenderungan untuk mempelajari sesuatu yang baharu kemudian bertindak dan menghasilkan sesuatu yang dapat memberi manfaat kepada diri sendiri dan orang lain.

Mewujudkan masyarakat pembelajar adalah sebuah proses pembudayaan yang harus dilakukan secara berterusan

Masyarakat pembelajar belajar daripada pengetahuan yang diperoleh sama ada berbentuk tulisan, peristiwa, pengalaman dan sebagainya sehingga membolehkan mereka mencipta norma kehidupan dunia yang beradap serta menjunjung tinggi nilai-nilai kemanusiaan.

Namun begitu, setakat manakah masyarakat kita sedar bahawa menjadi masyarakat pembelajar itu merupakan seruan kepada mereka semua.

Jika kita menjalankan survei dari rumah ke rumah, sudah tentu kita mendapati setiap rumah memiliki televisyen serta alat-alat hiburan yang lain, namun pasti kurang sekali kita melihat adanya rak-rak buku atau perpustakaan mini di kebanyakan rumah.

Keadaan seperti ini sudah tentu menunjukkan bahawa masyarakat kita bukan sepenuhnya dianggap sebagai masyarakat pembelajar yang baik kerana, jelas bahawa penghuni di rumah tersebut bukanlah masyarakat yang suka belajar, membaca buku dan sebagainya.

Mewujudkan masyarakat pembelajar yakni masyarakat yang suka membaca adalah sangat penting kerana masyarakat yang tidak suka membaca selalunya cenderung berfikir cetek atau pendek, suka bertindak secara spontan dan cepat membuat spekulasi yang tidak berasas.

Misalnya, apabila terjadi bencana alam atau kejadian-kejadian yang lain, masyarakat yang tidak suka membaca lebih cenderung membuat tafsiran secara spontan atau ikut logik mereka sendiri tanpa merujuk atau mencari punca-punca kejadian daripada sumber yang tepat.

Oleh itu, bagi masyarakat pembelajar, membaca buku adalah sebuah aktiviti yang baik kerana pembaca memerlukan proses untuk memahami makna dari apa yang dibacanya.

Pembaca akan mendapat banyak pengetahuan daripada buku-buka yang dibaca sehingga mampu mewujudkan kebiasaan berfikir secara kreatif sekaligus dapat mengembangkan keterampilan yang lain seperti keterampilan menulis sehingga kemampuan menulis seseorang akan menjadi semakin baik.

 
An eyewitness to Sarawak’s transformation

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

994FansLike
1,667FollowersFollow
21SubscribersSubscribe
- Advertisement -

Latest Articles