31 C
Kuching
Sunday, February 28, 2021

Kerajaan Negeri Beri Bantuan PKP

Untuk Rakyat Yang Terkesan Dengan Penguatkuasaan PKP Di Sibu

Susulan dengan penguatkuasaan PKP di Bahagian Sibu, Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Kecil telah bermesyuarat pada 18 Januari 2021 untuk merangka strategi bagi menyelaras pengagihan bekalan makanan bagi penduduk di Bahagian Sibu yang terjejas dengan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengawal peningkatan kes positif Covid-19.

Perkara ini antara yang dinyatakan dalam kenyataan akhbar oleh YAB Ketua Menteri, Datuk Patinggi (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg yang dikeluarkan hari ini (20 Jan 2021).

Pada tahun lepas, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah dikuatkuasakan di seluruh negara bermula 18 Mac 2020. Kerajaan Negeri Sarawak telah mengambil inisiatif menubuhkan 2 Jawatankuasa Kecil untuk menangani penularan wabak COVID-19 di Sarawak iaitu Jawatankuasa Kecil Rantaian Makanan yang dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Menteri (II), Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan dan Jawatankuasa Kecil Keselamatan yang dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Menteri (III), Tan Sri Datuk Amar Dr James Jemut Masing.

YAB Ketua Menteri turut memaklumkan di peringkat bahagian, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Sibu akan bekerjasama dengan Pegawai-Pegawai Daerah, Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum/Kapitan, JKKK dan Badan-badan Bukan Kerajaan (NGO) untuk mengenal pasti Ketua Isi Rumah/penerima yang memerlukan bantuan makanan.

Peruntukan bagi pembelian bahan makanan asas akan disalurkan kepada JPBB Sibu untuk tujuan pengagihan makanan. JPBB Sibu akan dibantu oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Sibu, JPBD Selangau dan JPBD Kanowit.

Berdasarkan maklumat awal daripada JPBB Sibu, KIR yang terjejas di Bahagian Sibu adalah dianggarkan berjumlah 73,000.

Jumlah peruntukan keseluruhan untuk bantuan bekalan makanan di bahagian Sibu adalah RM5.1 juta.

Bekalan makanan akan diagihkan selewat-lewatnya pada hari Rabu, 20 Januari 2021 dengan pematuhan ketat SOP PKP Covid-19.

Kerajaan Negeri dengan kerjasama KPDNHEP akan memastikan stok makanan asas adalah mencukupi.

Jenis-jenis bekalan makanan yang akan diagihkan kepada setiap KIR dengan nilai RM70.00 adalah beras, gula, tepung, sardin dalam tin, teh atau kopi, minyak masak,  biskut dan mi segera

Seperti mana modus operandi sebelum ini dan bagi memastikan proses pengagihan makanan berjalan dengan lancar, pengagihan makanan akan dilaksanakan dengan kolaborasi bersama pelbagai agensi yang relevan seperti KPDNHEP, Jabatan BOMBA, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, ATM, Pihak Berkuasa Tempatan, Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum/Kapitan, JKKK dan lain-lain jabatan kerajaan dan NGO.

Kementerian Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak (KWKPK) melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak (JKMS) juga sedang mengagihkan bekalan makanan asas dan keperluan lain seperti susu, lampin pakai buang dan tuala wanita kepada kira-kira 700 keluarga, yang melibatkan 3,800 orang/ahli keluarga di 32 buah rumah panjang.

Selain itu, makanan bermasak juga diagihkan kepada 52 petugas barisan hadapan di sebuah (1) pusat kuarantin dan 46 petugas barisan hadapan yang bertugas untuk mengawal selia sekatan jalan raya di empat (4) lokasi.

 
An eyewitness to Sarawak’s transformation

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

943FansLike
1,667FollowersFollow
21SubscribersSubscribe
- Advertisement -

Latest Articles