31 C
Kuching
Sunday, February 28, 2021

Lindung Diri, Lindung Semua

Keperluan untuk mendapatkan bekalan vaksin merupakan keutamaan negara bagi memastikan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan dapat dilaksanakan bagi membendung pandemik ini.

Kerajaan telah mengambil tindakan bersepadu dan tersusun dalam perolehan vaksin untuk negara dengan memanfaatkan hubungan diplomasi dan kerjasama strategik antarabangsa dengan negara, syarikat pengeluar vaksin serta badan dan gabungan kesihatan dunia.

Sehingga Februari 2021, Malaysia telah mendapat akses bekalan vaksin COVID-19 sebanyak 66.7 juta dos melalui Fasiliti COVAX dan pembelian awal daripada 5 pengeluar vaksin COVID-19.

Daripada 5 pengeluar vaksin tersebut, vaksin daripada Pfizer-BioNTech telah memperolehi kelulusan bersyarat daripada Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) dan NPRA pada 8 Januari 2021.

Manakala 4 calon vaksin COVID-19 masih sedang diproses untuk kelulusan NPRA. Bekalan vaksin daripada kelima-lima pembekal ini akan diterima oleh Malaysia secara berperingkat bermula Februari 2021, tertakluk kepada kelulusan pendaftaran oleh PBKD.

Negara yang telah memulakan vaksinasi COVID-19 telah menunjukkan kesan positif dalam penurunan kes baru COVID-19 di negara masing-masing. Sebagai contoh sebuah negara yang telah menjalankan vaksinasi kepada 600,000 orang penduduk telah melaporkan keberkesanan vaksinasi yang menunjukkan 94% penurunan jangkitan COVID-19. (Sumber: Thomson Reuters)

Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan mengandungi tiga fasa. Fasa pertama akan melibatkan petugas barisan hadapan, bermula pada 24 Februari sehingga April 2021.

Fasa kedua pula akan bermula pada bulan April sehingga Ogos 2021 dan akan melibatkan kumpulan yang berisiko tinggi, manakala Fasa Ketiga akan melibatkan golongan dewasa berumur 18 tahun ke atas, bermula dari bulan Mei 2021 sehingga Februari 2022.

Sumber : Buku Panduan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan

Program imunisasi menyeluruh ini adalah untuk memastikan imuniti kelompok dapat dibentuk di dalam komuniti agar dapat memutuskan rantaian penularan jangkitan COVID-19 dan akhirnya dapat menamatkan pandemik COVID-19.

Sumber : Buku Panduan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan

Pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan akan melibatkan pelbagai pihak yang merangkumi usaha advokasi dan khidmat sokongan serta proses vaksinasi di seluruh negara.

Vaksinasi COVID-19 adalah secara sukarela dan akan diberikan secara percuma kepada semua penduduk Malaysia (warganegara dan bukan warganegara).

Had umur ialah 18 tahun ke atas. Pendekatan Kerajaan adalah untuk memastikan sekurang-kurangnya 80% penduduk dewasa Malaysia menerima vaksin menjelang Februari 2022 untuk mengurangkan penularan virus COVID-19.

Vaksinasi amat penting untuk kita melindungi bukan sahaja diri sendiri, tetapi juga yang tersayang – iaitu ahli keluarga, rakan kerja, jiran sekeliling dan seluruh komuniti.

Sumber : Buku Panduan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan

 
An eyewitness to Sarawak’s transformation

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

943FansLike
1,667FollowersFollow
21SubscribersSubscribe
- Advertisement -

Latest Articles