31 C
Kuching
Sunday, February 28, 2021

JBALB Laksana 321 Projek

Dengan Peruntukan RM3.97 Bilion

Setakat 31 Januari 2021, Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) telah melaksanakan 321 projek membabitkan Projek Rakyat di Wilayah Selatan (80 projek); Wilayah Tengah (106 projek); Wilayah Utara (61 projek); 17 projek kerja penambahbaikan kecil, empat (4) projek pendigitalan dan 53 projek SAWAS Fasa-2 dengan peruntukan berjumlah RM3.97 bilion.

Secara keseluruhannya, sebanyak 152 projek bernilai RM278 juta telah siap manakala 129 projek bernilai RM3.09 bilion masih dalam pembinaan dan 40 projek bernilai RM562 juta masih di bawah pra-kontrak.

Bangunan Loji Rawatan Air dan Tangki Aras Tinggi 0.2 ML (Projek SAWAS) di Kpg Tegelam, Simunjan

Menurut JBALB, 80 Projek Rakyat bernilai RM1.66 bilion telah dilaksanakan di Wilayah Selatan merangkumi Bahagian Kuching (21 projek); Bahagian Samarahan, (21 projek); Bahagian Serian (8 projek); Bahagian Sri Aman (6 projek); dan Bahagian Betong (24 projek).

Sebanyak 47 projek bernilai RM97 juta telah siap manakala 29 projek dengan kos bernilai RM1.34 bilion masih dalam pembinaan dan empat (4) projek bernilai RM220 juta masih di bawah pra-kontrak.

Di Wilayah Tengah pula, sebanyak 106 buah Projek Rakyat bernilai RM890 juta telah dilaksanakan iaitu di Bahagian Sibu (16 Projek); Bahagian Sarikei (47 Projek); Bahagian Kapit (17 Projek); dan Bahagian Mukah (26 Projek).

Daripada jumlah tersebut, sebanyak 68 projek bernilai RM77 juta sudah siap manakala 36 projek bernilai RM763 juta masih dalam pembinaan dan dua (2) projek bernilai RM50 juta masih berada di bawah pra-kontrak.

Projek Rakyat Bekalan Air di Long Bedian, Miri

Sementara itu, sebanyak 61 buah projek bernilai RM1.07 bilion telah dilaksanakan di Wilayah Utara meliputi Bahagian Bintulu (25 projek); Bahagian Miri (18 projek); dan Bahagian Limbang (18 projek).

Sebanyak 27 projek bernilai RM71 juta telah siap manakala 32 projek bernilai RM802 juta masih dalam pembinaan dan 2 projek bernilai RM195 juta masih di bawah pra-kontrak.

Sebanyak RM74 juta diperuntukkan untuk melaksanakan 17 projek penambahbaikan kecil di mana lapan (8) projek bernilai RM22 juta telah siap manakala sembilan (9) projek bernilai RM52 juta masih dalam pembinaan.

Pembinaan Tangki Aras Tinggi dan Stesen Pam Penggalak di Ulu Sebungan,Bintulu giat dilaksanakan

Empat (4) projek pendigitalan bernilai RM110 juta turut dilaksanakan di mana dua (2) projek bernilai RM10.5 juta telah siap manakala dua  (2) projek bernilai RM99.5 juta masih dalam pembinaan.

Projek SAWAS Fasa 2 pula telah menerima peruntukan sebanyak RM134.6 juta bagi melaksanakan 53 projek dan daripada jumlah tersebut, 21 projek bernilai RM38 juta sedang dalam pembinaan manakala 32 projek bernilai RM96 juta masih berada di bawah pra-kontrak.

Kesemua projek pembangunan di atas dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Sarawak melalui Kementerian Utiliti Sarawak dan JBALB sebagai agensi pelaksana.

Melalui projek-projek tersebut, isu bekalan air bersih yang sering dihadapi penduduk Sarawak terutama mereka yang berada di kawasan luar bandar dan pedalaman sudah dapat diatasi.

Projek Rakyat merupakan inisiatif Kerajaan Sarawak menerusi Kementerian Utiliti Sarawak dan JBALB bagi memastikan penduduk di Sarawak terutama masyarakat di kawasan luar bandar dan pedalaman dapat menikmati bekalan air bersih yang lebih baik serta berterusan.

 
An eyewitness to Sarawak’s transformation

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

943FansLike
1,667FollowersFollow
21SubscribersSubscribe
- Advertisement -

Latest Articles