Friday, May 7, 2021

spot_img

Restorasi Landskap Hutan, Sarawak Tanam Lebih 10 Juta Pokok

Sarawak merupakan Negeri yang terluas di Malaysia mempunyai kawasan litupan hutan.

Program Restorasi Landskap Hutan (FLR) merupakan agenda utama Kerajaan Negeri bagi memastikan sekurang-kurangnya 62% daripada keluasan negeri Ini merupakan kawasan litupan hutan.

Ini merupakan komitmen Kerajaan Sarawak dalam memulihara dan meningkatkan kualiti persekitaran semula jadi serta menyumbang kepada masa depan yang lebih hijau.

Program ini turut diangkat menjadi agenda nasional bertujuan untuk menangani perubahan iklim dunia dan meningkatkan kualiti hidup masyarakat.

FLR juga adalah selari dengan Program Penghijauan Malaysia melalui Kempen Penanaman 100 juta Pokok yang telah dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia pada 5 Januari 2021.

Untuk itu,  Sarawak komited untuk menanam sebanyak tujuh (7) juta batang pokok setahun.

“Bengkel ini akan membincangkan polisi, garis panduan serta pelaksanaan FLR di peringkat Jabatan adalah penting bagi membincangkan hala tuju serta sasaran JHS sebagai main drive untuk program FLR di Sarawak,” kata Datu Hamden ketika merasmikan Bengkel Polisi, Garis Panduan Serta Pelaksanaan Restorasi Landskap Hutan 2021, di Kuching

Tahun 2020, Sarawak telah melakukan penanaman FLR sebanyak 10,457,250 batang pokok.

Jabatan Hutan Sarawak (JHS) ialah agensi yang dipertanggungjawabkan bagi memastikan FLR dilaksanakan dengan jayanya dan kerana itu perancangan perlu disediakan dengan teliti dan komprehensif.

Justeru, JHS telah menganjurkan Bengkel Polisi, Garis Panduan Serta Pelaksanaan Restorasi Landskap Hutan dua (2) hari pada 25-28 Februari 2021, di Kuching.

Seramai 60 orang pegawai menghadiri bengkel ini, yang terdiri daripada Pegawai serta wakil Pejabat Hutan Wilayah dan Pegawai daripada pelbagai Bahagian yang berlainan fungsi di JHS.

Seramai 60 pegawai daripada wakil Pejabat Hutan Wilayah dan Bahagian hadir bengkel dua (2) di Kuching

Bengkel ini membincangkan bagi menghasilkan empat (4) perkara berikut iaitu:

1. Mengenal pasti keperluan serta merangka polisi atau garis panduan untuk Program Restorasi Landskap Hutan

2. Merangka Pelan Pelaksanaan Program Restorasi Landskap Hutan seluruh Sarawak, di bawah Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMK-12)

3. Menentukan definisi hutan terosot bagi Negeri Sarawak

4. Merangka proses kerja di peringkat ibu pejabat serta wilayah bagi Program FLR serta aktiviti tapak semaian, bahan tanaman, penanaman, penyelenggaraan dan sebagainya.

YBhg. Datu Hamden Bin Haji Mohammad,, Pengarah Hutan Sarawak ketika merasmikan bengkel itu memaklumkan JHS dalam RMK-12 diberikan peruntukan pembangunan bagi projek Implementation of Forest Landscape Restoration Throughout Sarawak tahun 2021 yang bernilai RM10 juta daripada Kerajaan Negeri serta dua (2) projek berkaitan restorasi daripada Kerajaan Persekutuan yang bernilai RM5.5 juta.

“Dari bengkel ini nanti, kita berharap beberapa perkara seperti Pelan Perancangan serta sasaran tahunan bagi Pelaksanaan Program FLR untuk tempoh 5 tahun untuk setiap Pejabat Hutan Wilayah dan Manual Prosedur Kerja bagi aktiviti-aktiviti berkaitan FLR (tapak semaian dan bekalan bahan tanaman, penanaman, penyelenggaraan serta silvikultur) di peringkat Jabatan dapat dirumuskan dan dihasilkan,” jelas Datu Hamden.

RAKAN Sarawak merakam penghargaan terima kasih di atas kerjasama Jabatan Hutan Sarawak yang membantu menyalurkan maklumat dan foto dalam penghasilan artikel di atas.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
 
An eyewitness to Sarawak’s transformation

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

1,005FansLike
1,783FollowersFollow
21SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]