31.8 C
Kuching
Tuesday, April 20, 2021

KPLB Prihatin Isu Masyarakat B40 Lawas

Kerajaan Persekutuan menerusi Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) pada tahun 2020 telah memperuntukkan sebanyak 10 unit rumah projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) bina baru serta 100 unit rumah untuk dibaik pulih di Lawas dengan jumlah peruntukan sebanyak RM 2.1juta.

Melalui program ini, kerajaan membina dan menyediakan rumah PPRT kepada golongan yang dikenal pasti menerusi data Sistem e-Kasih serta menerusi permohonan yang akan disemak berdasarkan kelayakan dengan kos seunit rumah berjumlah RM60,000.00.

YB Dato’ Henry (kanan) melawat Labo Baru penerima Projek Perumahan Rakyat Termiskin di Kampung Long Temarub, Lawas

Bagi pembaikan rumah, sebanyak RM15,000.00 diperuntukkan bagi seunit rumah dan pembaikan akan bertumpu kepada komponen penting rumah seperti pendawaian elektrik, pembaikan sistem perpaipan dan atap.

Menerusi inisiatif ini, kerajaan berharap jaringan sosial, kekeluargaan dan kehidupan yang berkualiti dan selesa dapat dinikmati oleh golongan penerima manfaat daripada inisiatif PPRT oleh kerajaan.

Bagi memastikan kehidupan luar bandar selamat serta selesa, kerajaan menerusi KPLB turut memperuntukkan sejumlah RM435,390.00 bagi pemasangan lampu jalan kampung.

Pemasangan Lampu Jalan Kampung sedang giat dilaksanakan oleh KPLB di Lawas

Projek ini merupakan sebahagian daripada projek di bawah KPLB dengan melibatkan Sarawak Electric Sdn. Bhd. Pemasangan dilaksanakan oleh pihak SEB manakala kos ditanggung oleh KPLB.

Bagi tujuan tersebut, sebanyak 240 unit lampu jalan kampung akan dipasang dan daripada jumlah tersebut sebanyak 93 unit menggunakan model HPSV dengan kos RM 67,890.00 manakala model LED sebanyak 147 unit dengan kos sebanyak RM 367,500.00 bertujuan memastikan keselamatan dan keselesaan penduduk luar bandar di Lawas.

Kerajaan juga menyediakan bantuan kepada usahawan di luar bandar dalam memastikan usahawan mampu terus bertahan akibat ketidaktentuan ekonomi negara disebabkan oleh pandemik Covid-19 yang melanda.

Untuk itu, menerusi KPLB dan agensi, sebanyak 10 orang pengusaha penyalaian ikan tahai (salai) telah diluluskan untuk pemberian bantuan dan kelengkapan rumah penyalaian ikan tahai di Kampung Awat-Awat, Lawas. Rumah penyalaian ikan tahai ini akan dilengkapi peralatan yang sesuai serta moden untuk menyalai ikan.

Pitri Rohayah Timbang antara pengusaha ikan tahai di Lawas yang akan mendapat bantuan dan manfaat daripada kerajaan

Bagi tujuan di atas, sebanyak RM100,000.00 akan diperuntukkan kepada 10 orang pengusaha penyalaian ikan dengan setiap pengusaha akan memperolehi RM10,000.00.

Inisiatif ini dijangka akan memanfaatkan seramai 10 orang pengusaha baru dan sedia ada di samping dapat mempertingkatkan pendapatan dan menjana lebih banyak peluang pekerjaan di Kampung Awat-Awat, Lawas.

Pada masa kini, industri pemprosesan produk maritim merupakan industri utama di Lawas dengan setiap pengusaha mampu menjana pendapatan sehingga RM 3000.00 sebulan. Kebanyakan produk ini dieksport ke Negara Brunei dan bandar-bandar di Sarawak.

Selain itu juga, menerusi Program Peningkatan Pendapatan, kerajaan menerusi KPLB memperuntukkan sebanyak RM10,000.00 kepada 50 orang nelayan untuk pembelian enjin bot baru dan RM10,000.00 untuk bantuan kepada 10 orang penjaja yang melibatkan kos keseluruhan berjumlah RM600,000.00 bagi membolehkan golongan ini menjana pendapatan dengan mencari hasil laut dan meluaskan perniagaan bagi tujuan menyara kehidupan.

Kerajaan juga akan memastikan setiap inisiatif ini dipantau dan diberikan kepada golongan yang memerlukan memandangkan masyarakat di luar bandar antara golongan yang turut terjejas kesan pandemik Covid-19.

Peluang untuk meningkatkan pendapatan masyarakat di luar bandar juga akan diberikan fokus dan keutamaan oleh kerajaan bagi memastikan penduduk di luar bandar menikmati pendapatan yang mampu untuk menyara kehidupan di samping membuka lebih banyak peluang pekerjaan di kawasan luar bandar.

 
An eyewitness to Sarawak’s transformation

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

994FansLike
1,667FollowersFollow
21SubscribersSubscribe
- Advertisement -

Latest Articles