31.8 C
Kuching
Tuesday, April 20, 2021

Projek Naik Taraf Hospital Umum Sarawak Secara PFI

Projek naik taraf Hospital Umum Sarawak oleh Syarikat konsesi secara Private Financing Initiative (Swiss Challenge) telah diluluskan Kerajaan Malaysia menjadikan Blok Pusat Rawatan Harian ini merupakan yang pertama di seluruh Sarawak di bawah Hospital Kerajaan.

Perdana Menteri YAB Datuk Patinggi Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin bergambar bersama YAB Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg (tiga dari kiri) serta Timbalan Ketua Menteri YB Datuk Amar Haji Awang Tengah bin Ali Hasan (dua dari kanan). Turut sama YB Dato Sri Prof. Dr. Sim Kui Hian (tiga dari kanan) dan YB Dato’ Seri Haji Fadillah bin Haji Yusof (dua dari kanan)

Perkara ini dinyatakan Perdana Menteri YAB Datuk Patinggi Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin dalam Sidang Media sebaik sahaja selesai mengadakan lawatan ke Projek Menaiktarafkan Hospital Umum Sarawak pada 2 April 2021 sempena lawatan kerja rasmi beliau di Sarawak.

Perdana Menteri menandatangi buku lawatan Hospital Umum Sarawak sambil disaksikan oleh YAB Ketua Menteri (dua dari kiri)

Untuk rekod, Hospital Umum Sarawak (HUS) yang mula beroperasi di Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce, Kuching sejak tahun 1931 (90 tahun) merupakan satu-satunya pusat rujukan tertiari bagi keseluruhan negeri Sarawak daripada 23 buah hospital Sarawak yang sedia ada

Projek Naik taraf Hospital ialah hasil usaha Kementerian Kesihatan Malaysia yang menandatangani perjanjian konsesi bersama Syarikat Asaljuru Weida Sdn Bhd (AWSB) pada 28 April 2017 untuk membina Blok Pusat Rawatan Harian (DCC), Blok Meditel dan blok Tempat Letak Kereta bertingkat dengan kos projek berjumlah RM351, 000,000

Perdana Menteri mencuba peralatan kawalan katil di salah sebuah wad di Hospital Umum Sarawak
Perdana Menteri mendengar taklimat ringkas daripada kakitangan Hospital Umum Sarawak tentang kemudahan di salah sebuah wad yang beliau lawati

Pusat Rawatan Harian ini akan menempatkan sejumlah 64 buah katil, tujuh (7) Dewan Bedah, tiga (3) Endoscopy serta satu (1) Endoscopic Retrograde Cholangiopancreatography (ERCP) Room yang dijangkakan anggaran seramai 100 orang pesakit akan dapat dirawat sehari di pusat rawatan harian yang baharu ini.

 Justeru, ini akan dapat membantu Hospital Umum Sarawak mengurangkan tunggakan kes (backlog cases) rawatan yang dapat dilaksanakan secara harian seperti :

  1. 80% kes pediatrik dental
  2. 30- 40 % kes pembedahan pediatrik
  3. 30-40 % kes minor OT serta mengurangkan tempoh menunggu (dianggarkan setahun)
  4. 15-30% kes pembedahan am.
Perdana Menteri singgah di Tabung Darah, Hospital Umum Sarawak

Blok Pusat Rawatan Harian ini merupakan yang pertama di seluruh Sarawak di bawah Hospital Kerajaan. Manakala peralatan diperoleh di bawah Projek PFI di bawah komponen makmal, merupakan peralatan pertama seumpamanya di Sarawak dan ketiga di Malaysia

Apabila siap sepenuhnya kelak, Hospital Umum Sarawak mampu meningkatkan kepuasan pelanggan dengan mengurangkan tempoh masa menunggu rawatan dan masa prosedur dilaksanakan.

Perdana Menteri diberi taklimat ringkas ketika lawatan ke Integrated Lab & Surgical Daycare

Pada perkembangan terkini, Kerajaan Malaysia khususnya Kementerian Kesihatan Malaysia telah bersetuju untuk menyediakan peruntukan berjumlah RM5 juta kepada Hospital Umum Sarawak untuk perolehan peralatan perubatan yang kritikal.

Peruntukan berjumlah RM2 juta untuk perolehan peralatan Irradiator untuk kegunaan Jabatan Perkhidmatan Transfusi dan Tabung Darah di Blok Pusat Rawatan Rapi.

Antara peralatan baharu yang disediakan dalam projek naik taraf Hospital Umum Sarawak yang mendapat perhatian Perdana Menteri

Ini adalah kerana peralatan tersebut amat diperlukan di hospital untuk iradiasi produk darah untuk pesakit yang memerlukan bagi mengelak Transfusion Associated Graft Versus Host Disease (TA-GVHD).

 
An eyewitness to Sarawak’s transformation

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

994FansLike
1,667FollowersFollow
21SubscribersSubscribe
- Advertisement -

Latest Articles