27.9 C
Kuching
Tuesday, April 20, 2021

Inisiatif PPP Beri Impak Positif Terhadap Usahawan Luar Bandar

Salah satu inisiatif Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) dalam membantu meningkatkan pendapatan usahawan kecil luar bandar adalah dengan melaksanakan Program Peningkatan Pendapatan (PPP) yang menyediakan bantuan dari segi peralatan dan latihan kepada peserta.

Warung Desa@KPLB adalah salah satu bentuk bantuan disediakan oleh KPLB di bawah PPP dengan matlamat membantu masyarakat luar bandar keluar daripada garis kemiskinan.

Timbalan Ketua Menteri YB Datuk Amar Haji Awang Tengah bin Ali Hasan melihat Warung Desa@KPLB

Program ini memberi impak positif kepada usahawan kecil luar bandar di Sarawak kerana mereka dapat memiliki premis perniagaan yang lebih kondusif untuk menjalankan perniagaan, pada masa yang sama produktiviti serta pendapatan mereka juga akan semakin meningkat.

Dengan bertambahnya pendapatan mereka, sudah tentu taraf hidup mereka turut meningkat ke tahap yang lebih baik, secara tidak langsung akan memberi impak positif kepada ekonomi luar bandar.

Sehubungan itu, Menteri Pembangunan Bandar dan Sumber Asli Kedua YB Datuk Amar Haji Awang Tengah bin Ali Hasan berterima kasih kepada Kerajaan Persekutuan kerana telah banyak menyalurkan peruntukan melalui KPLB demi kesejahteraan rakyat di Sarawak terutama masyarakat luar bandar.

Beliau yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Terminal Perindustrian dan Pembangunan Usahawan berharap agar bantuan yang disampaikan sedikit sebanyak dapat membantu usahawan kecil meningkatkan pendapatan mereka.

Pada masa yang sama, beliau turut memberi nasihat kepada para penerima bantuan agar mereka memanfaatkan sepenuhnya bantuan yang diterima dengan semaksimum mungkin.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Penyerahan Kiosk Warung Desa@KPLB dan Bantuan Peralatan PPP 2021 di Pasar Lawas pada 29 Mac 2021.

Timbalan Menteri II Pembangunan Luar Bandar YB Dato Henry Sum Agong dan Timbalan Ketua Menteri YB Datuk Amar Haji Awang Tengah bin Ali Hasan dibawa untuk melihat bantuan-bantuan yang disediakan

Pada majlis tersebut, tiga orang usahawan kecil di bawah agensi Giatmara Lawas iaitu Abadi bin Drahman dan Noor Athirah binti Mohd Salleh telah menerima Kiosk Warung Desa@KPLB manakala Aizatul Ummi bin Sebli menerima bantuan PPP berupa alat penyejuk (chiller) 310 liter, meja tahan karat dan mesin pengadun.

Manakala tiga orang peniaga kecil iaitu Norsiah binti Tarsad dari Kampung Luagan Sundar, Miroriti binti Rajali dari Kampung Bangkatan Merapok dan Kamariah binti Marmud dari Kampung Karangan merupakan penerima bantuan PPP KEMAS, Lawas.

Norsiah binti Tarsad yang menjalankan perniagaan kuih bahulu, kuih kering dan kuih muih sejak tahun 2016 menerima bantuan berupa ketuhar, alat pengadun dan meja lipat.

Kuih bahulu beliau antara yang terkenal serta mendapat permintaan yang tinggi daripada masyarakat setempat dan beliau hanya menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan dari rumah.

Misori binti Rajali turut menjalankan perniagaan menjual kuih muih secara kecil-kecilan sejak tahun 2019 dan beliau telah menerima bantuan berupa ketuhar, alat pengadun, penyejuk dan periuk nasi.

Beliau memulakan perniagaan dengan membuka gerai di kampung namun jualan kuih beliau mendapat sambutan dan permintaan yang sangat menggalakkan daripada setempat.

Kamariah Binti Marmud pula menjalankan perniagaan menjahit baju sejak tahun 2018 dan telah menerima bantuan seperti mesin jahit dan seterika.

Beliau hanya menjalankan perniagaan dari rumah namun hasil kerja beliau mendapat permintaan yang sangat baik bukan saja dari kalangan saudara mara tetapi juga dari jiran tetangga dan penduduk setempat.

Sembilan orang lagi merupakan penerima bantuan program Aktiviti Ekonomi Tambahan (AET) RISDA Lawas berupa ketuhar, alat pengadun, mesin penyejuk, meja lipat, mesin jahit dan sebagainya.

 
An eyewitness to Sarawak’s transformation

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

994FansLike
1,667FollowersFollow
21SubscribersSubscribe
- Advertisement -

Latest Articles