31.8 C
Kuching
Tuesday, April 20, 2021

Sarawak Coastguard Dilancarkan

Ketua Menteri YAB Datuk Patinggi (Dr.) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg pada 7 April 2021 telah melancarkan secara rasmi Sarawak Coastguard.

Sebaik sahaja bendera rasmi Sarawak Coastguard dinaikkan pada majlis pelancaran yang diadakan di Tebingan Kuching, satu lagi sejarah penting dilakar untuk Sarawak dalam menjaga keselamatan para nelayan tempatan selain memelihara sumber asli maritimnya di sepanjang pantai negeri.

Ketua Menteri YAB Datuk Patinggi (Dr.) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg memeriksa kawalan kehormat semasa merasmikan pelancaran Sarawak Coastguard

Majlis pelancaran menyaksikan beberapa aset milik Sarawak Coastguard dipamerkan, merangkumi sebuah kapal ‘catamaran’ dan enam (6) buah bot ‘interceptor’ (pemintas) dengan enjin berkuasa 1,050 kuasa kuda untuk setiap bot.

Demonstrasi operasi membanteras kegiatan jenayah di perairan negeri oleh sebuah bot pemintas SC Todak 1201 turut dipersembahkan.

Penubuhan Sarawak Coastguard telah diumumkan oleh Ketua Menteri semasa beliau menghadiri majlis penempatan tukun tiruan di Igan, Mukah pada 1 Oktober 2019.

Bendera rasmi Sarawak Coastguard dinaikkan

Agensi penguatkuasaan negeri tersebut yang ditubuhkan di bawah Unit Keselamatan dan Penguatkuasaan Negeri (UKPN), Jabatan Ketua Menteri akan menguatkuasakan undang-undang di bawah Ordinan Negeri, khususnya State Fisheries Ordinance 2003, Forest Ordinance 2015, Wildlife Protection Ordinance 1998, National Parks and Nature Reserves Ordinance 1998 dan Oi Mining Ordinance (OMO) 1958.

Menerusi kuasa yang diperuntukkan di bawah ordinan-ordinan tersebut, enam buah bot pemintas Sarawak Coastguard akan mula beroperasi di perairan negeri pada tahun ini bagi menjaga keselamatan nelayan dan sumber asli maritim di sepanjang pantai.

Bot-bot pemintas berkenaan juga sesuai digunakan untuk operasi bencana banjir besar dan operasi menyelamat dan mencari (SAR).

Menurut Ketua Menteri dalam ucapan perasmian beliau, Kerajaan Sarawak kini sedang dalam perancangan untuk membina beberapa buah lagi kapal ronda laju untuk menjalankan rondaan dan mengawal pesisiran pantai negeri ini.

Proses tender secara terbuka bagi membina kapal-kapal berkenaan juga sedang diusahakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak.

Penubuhan Sarawak Coastguard juga adalah sebagai pelengkap kepada penguatkuasaan undang-undang yang melibatkan kepentingan maritim selain menjalankan kerjasama dengan agensi-agensi penguatkuasaan lain sama ada di peringkat Kerajaan Negeri mahupun di peringkat Kerajaan Persekutuan.

Sebuah bot pemintas Sarawak Coastguard, SC Todak 1201 ‘memintas’ kapal yang mencurigakan dalam demonstrasi operasi mengawal perairan Sarawak
 
An eyewitness to Sarawak’s transformation

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

994FansLike
1,667FollowersFollow
21SubscribersSubscribe
- Advertisement -

Latest Articles