27.9 C
Kuching
Tuesday, April 20, 2021

Sektor Pelancongan Beri Impak Terhadap Pembangunan Prasarana di Daerah Lubok Antu

Sektor pelancongan yang dibangunkan di Daerah Lubok Antu telah membawa pelbagai pembangunan dari segi prasarana dan infrastruktur secara tidak langsung telah dapat menyumbang kepada peningkatan ekonomi penduduk.

Daerah Lubok Antu sememangnya terkenal dengan tempat-tempat menarik seperti Pangkalan Empangan Batang Ai, Taman Negara Batang Ai, Aiman Batang Ai Resort dan sebagainya.

Jika dilihat lebih 10 tahun yang lalu, Daerah Lubok Antu agak sunyi dan dikelilingi hutan belukar namun pada hari ini, kita dapat melihat berdirinya bangunan-bangunan kedai baharu yang besar dan cantik menandakan khidmat dan strategi pemasaran juga sudah bertambah di sini.

Kerajaan Sarawak telah berjaya mentransformasikan daerah ini dengan menyediakan pelbagai kemudahan asas yang serba lengkap dan sangat diperlukan bagi membantu meningkatkan tahap sosioekonomi serta keselesaan penduduk.

Tumpuan pembangunan tidak hanya diberi kepada pembinaan bangunan, sebaliknya pembangunan dari segi penyediaan kemudahan rekreasi seperti Waterfront untuk manfaat penduduk sama ada golongan belia, kanak-kanak, warga emas dan juga para pelancong turut diberi perhatian.

Antara kemudahan yang terdapat di Waterfront Lubok Antu (Sumber gambar diperoleh dari Facebook Sim Ho Empire Sdn Bhd)

Pembinaan Waterfront Lubok Antu merupakan salah satu usaha Kerajaan Sarawak bagi memastikan masyarakat setempat memiliki kemudahan yang sokongan kepada kawasan-kawasan rekreasi yang sedia ada di Daerah Lubok Antu ini.

Pada masa yang sama adalah penting sekali untuk penduduk di sini sentiasa menjaga kawasan tebingan sungai mereka, kerana persekitaran yang terpelihara akan mewujudkan suasana keharmonian dalam masyarakat khasnya dalam kalangan mereka yang mendiami di kawasan sekitarnya.

Waterfront Lubok Antu akan memberi manfaat besar kepada masyarakat setempat terutama sekali dalam mengerakkan dan mempergiat aktiviti ekonomi mereka.

Baru-baru ini, Ketua Menteri YAB Datuk Patinggi (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari telah meluluskan permohonan Menteri Muda Pembangunan Perindustrian Sarawak, YB Datuk Malcom Mussen untuk membina Jambatan Jalan Kaki dari seberang kampung ke Waterfront Lubok Antu.

Dengan adanya jambatan jalan kaki ini nanti, ia akan merancakkan lagi ekonomi peniaga di kawasan berkenaan di mana lebih banyak lagi kedai dan gerai akan diwujudkan di sekitar waterfront bagi memberi peluang pekerjaan kepada golongan muda untuk mereka mencari rezeki.

Semakin banyak kemudahan disediakan oleh Kerajaan Sarawak di Daerah ini, semakin ramai pengunjung akan datang sama ada untuk melawat atau bercuti di Daerah Lubok Antu ini.

Beberapa peningkatan dari segi pembangunan telah dirasai walaupun dilanda oleh ekonomi global yang tidak menentu sejak beberapa tahun kebelakangan ini tetapi Kerajaan Sarawak mampu menjalankan berbagai projek pembangunan yang memberi impak besar kepada penduduk.

Pelaksanaan projek-projek ini sudah tentu akan menaikkan taraf kehidupan rakyat dan sosioekonomi Negeri Sarawak khususnya Daerah Lubok Antu yang membawa impak besar dari segi keselesaan hidup, kemudahan, menyediakan peluang pekerjaan dan perniagaan untuk rakyat.

Kita seharusnya berbangga dan gembira kerana Kerajaan Sarawak terus memberi penekanan khusus untuk membangunkan kawasan luar bandar melalui Projek Rakyat untuk menaikkan taraf prasarana di kawasan luar bandar sekali gus akan merapatkan jurang pembangunan di antara kawasan bandar dan kawasan luar bandar.

Antara tarikan yang terdapat di Waterfront Lubok Antu (Sumber gambar diperoleh dari Facebook Sim Ho Empire Sdn Bhd)
Replika Orang Utan yang terdapat di Waterfront Lubok Antu (Sumber gambar diperoleh dari Facebook Sim Ho Empire Sdn Bhd)
 
An eyewitness to Sarawak’s transformation

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

994FansLike
1,667FollowersFollow
21SubscribersSubscribe
- Advertisement -

Latest Articles