Friday, May 7, 2021

spot_img

121 Program SPS dan 198 Program SPK Dilaksanakan di Seluruh Sarawak

Setakat 31 Januari 2021, Kerajaan Sarawak melalui Jabatan Tanah dan Survei Sarawak (JTS) telah melaksanakan 121 Skim Penempatan Semula (SPS) yang menyediakan 26, 263 lot kediaman di mana sebanyak 23, 776 lot kediaman telah diperuntukkan.

Di Bahagian Limbang, setakat 22 Februari 2021, sebanyak lima (5) SPS telah dilaksanakan dengan jumlah lot kediaman yang disediakan adalah sebanyak 1,195 di mana 724 lot kediaman telah diperuntukkan.

Sehubungan itu, sebanyak 150 jumlah Lesen Pendudukan Sementara (TOL) telah diserahkan kepada 150 orang penerima di bawah SPS Banting Fasa IV.

Seterusnya, bagi Skim Pembesaran Kampung (SPK) setakat 31 Januari 2021, sebanyak 198 SPK telah dilaksanakan dengan jumlah lot kediaman yang telah disediakan sebanyak  22, 958 di mana 14, 957 lot telah diperuntukkan.

Di bahagian Limbang, setakat 22 Februari 2021, sebanyak 11 SPK telah dilaksanakan dengan penyediaan 1,393 jumlah lot kediaman di mana 843 lot telah diperuntukkan dan sebanyak 32 TOL telah diserahkan kepada 32 penerima kaum Melayu di SPK Punang Fasa II.

Pada dasarnya, program SPS dan SPK telah dilaksanakan sejak Rancangan Malaysia Ke-4 (RMK4) di mana ia merupakan komitmen dan keprihatinan Kerajaan Sarawak terhadap rakyat berpendapatan rendah yang memerlukan tanah untuk mendirikan rumah.

Di bawah program SPS dan SPK ini, kerajaan akan menyediakan lot-lot kediaman yang lebih selesa, terancang dan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan asas.

Komitmen dan keprihatinan Kerajaan Sarawak terhadap rakyat berpendapatan rendah khususnya di SPS dan SPK diteruskan dengan memperkenalkan dasar baharu iaitu penambahbaikan terhadap spesifikasi dan komponen infrastruktur asas di skim-skim baharu yang akan dilaksanakan.

Penambahbaikan ini melibatkan infrastruktur asas seperti jaringan jalan raya yang dahulunya hanya jalan batu (gravel road) akan dinaiktaraf kepada jalan berturap (tar-sealed road).

Selain itu, lot-lot yang dahulunya diagihkan tanpa ditimbus (unfilled), ditambah baik dengan lot yang ditimbus (filled) dan diratakan.

Bukan setakat itu sahaja, sistem perparitan di dalam skim yang dahulunya hanya parit tanah (earth drain) telah ditambah baik dengan parit konkrit (concrete drain) malah kemudahan asas seperti bekalan air dan elektrik juga turut disediakan.

Salah satu inisiatif baharu kerajaan dalam SPS dan SPK ialah mengurangkan kadar premium sebanyak 50 peratus bagi lot kediaman di semua SPS dan SPK tidak melebihi RM2, 500 satu lot.

Perkara ini dinyatakan oleh Timbalan Ketua Menteri YB Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan semasa berucap dalam Majlis Penyampaian Lesen Penduduk Sementara (TOL) dan Cek Pampasan Tanah dan Perasmian Pejabat Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Limbang (Cawangan Lawas) pada 1 Mac 2021.

Salah seorang daripada 18 penduduk yang meneriman cek pampasan berjumlah RM 686,225.40

Beliau yang juga Menteri Pembangunan Bandar dan Sumber Asli Kedua serta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Terminal Perindustrian dan Pembangunan Usahawan menjelaskan bahawa, inisiatif tersebut adalah bagi meringankan beban rakyat berpendapatan rendah yang terlibat dalam skim-skim berkenaan untuk menyelesaikan pembayaran premium.

Pemilihan Skim Penempatan Semula Banting Fasa IV & Skim Pembesaran Kampung Punang Fasa II, Lawas pada 29 Jan 2020

Melalui dasar baharu tersebut, rumah-rumah yang terlibat dalam kedua-dua skim ini akan lebih tersusun dan mempunyai kemudahan infrastruktur yang lebih baik.

Cabutan Undi Skim pembesaran kampong Badong Fasa 1 dan Taklimat Berhubung Dengan Skim Penempatan Semula Dan Skim Penempatan Kampung pada 29 Oct 2019

Dalam majlis yang sama, beliau turut menyerahkan cek pampasan berjumlah RM686, 225.40 kepada 18 orang penerima selepas pengambilan tanah mereka bagi memberi ruang kepada pembinaan jalan raya dari kampung Punang ke Sungai Bangat.

Pembinaan jalan tersebut bakal mencorak wajah Kampung Sungai Bangat Lawas sekali gus bakal menjadi sebuah destinasi pelancongan dan tempat beriadah yang menarik.

Kerja-kerja penimbusan di tapak Skim Pembesaran Kampung (SPK) di Belangsat, Lawas Sumber gambar: FB Lembaga Pembangunan Koridor Wilayah (RECODA)

Jalan raya bertaraf R1 itu telah mula dibina oleh Agensi Pembangunan Wilayah Utara (NRDA) dengan kos berjumlah RM7.8 juta dengan jarak 2.5KM.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
 
An eyewitness to Sarawak’s transformation

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

1,005FansLike
1,783FollowersFollow
21SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]